Jumaat, 17 Jun 2011

Fw: 'POLIS, RAKYAT DAN PENGKHIANAT'

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: othman mohamed <othmanmohamed6667@gmail.com>
Date: Fri, 17 Jun 2011 03:43:28 -0700
To: <taipingmali@gmail.com>; <tapakukuhiring@gmail.com>; <rosezie2003@yahoo.com>; <norlizaizul@gmail.com>; <irwanfahmi@hotmail.com>; <mtermizi@btn.gov.my>
Cc: <othmanmohamed6667@gmail.com>
Subject: 'POLIS, RAKYAT DAN PENGKHIANAT'

          Kementerian dalam negeri menegaskan tidak akan teragak-agak untuk memberkas mana-mana individu yang menggangu ketenteraman awam.itu kata Menterinya Hishammudin, tetapi Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) tidak akan digunakan, nampaknya itu sahaja kuasa yang ada pada Menteri Dalam Negeri setakat ini.

         Berbeza pula dengan Ambiga ( Presiden BERSIH ), akan tetap meneruskan perhimpunan, kononnya untuk mempromosikan tuntutan demokrasi dan pilihanraya bebas serta adil, beliau juga sanggup menghadapi sebarang hukuman yang akan dikenakan berikutan perhimpunan ini. Jelas sikap kurang ajar kian menjadi-jadi kerana ada pihak tertentu dibelakangnya.

         Tumpang sekaki lagi yang membuat kenyataan melalui sinar harian seorang tokoh muda yang hanya berjawatan pencacai kepada seorang yang bercita-cita besar Shamsul Iskandar, nampaknya beliau pula menjadi jurucakap kepada kumpulan BERSIH sehingga sanggup beliau mengatakan polis mesti memberi kerjasama kepada perhimpunan ini tapi bukannya membuat kenyataan berunsur ugutan terhadap BERSIH.

         Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Dato' Abdul Khalid Bin Abu Bakar, tentang tindakan yang akan diambil sebelum dan semasa perhimpunan bukan ditujukan kepada kumpulan BERSIH sahaja tetapi amaran yang dikeluarkan ditujukan juga kepada semua pihak yang cuba mengganggu gugat keselamatan awam. Jadi tak payahlah Shamsul nak melatah tak tentu arah, buat kerja yang diarahkan oleh majikan anda sebagai pencacai.

         Dari satu lagi pandangan yang diberikan oleh Ketua Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, adalah padangan yang tersangat-sangat baik diguna pakai dan diikuti, kerana beliau ada pengalaman tentang perhimpunan haram yang pernah berlaku di Kuala Lumpur malah ianya satu perbuatan yang tidak adil kepada peniaga-peniaga disekitar kawasan tersebut amat merugikan lagi negara ini dari sudut pandangan pelancong luar negara dan membawa imej yang buruk kepada pelabur-pelabur yang kan menganggap Malaysia negara yang tidak stabil dan tidak selamat kerana diancam berbagai perhimpunan haram yang menyusahkan orang ramai. Jangan sampai dah terhantuk baru nak terngadah.

Drp : Othman Mohd
        TPPD Lms