Ahad, 17 Julai 2011

ANGGOTA PARLIMEN TITIWANGSA DR LO’LO’ MENINGGAL DUNIA



KUALA LUMPUR, 17 Julai– Anggota Parlimen Titiwangsa Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali dari PAS yang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser meninggal dunia pada pukul 10.13 malam ini di Hospital Selayang.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

Maklumat itu turut disiarkan melalui laman Twitter Dr Lo’Lo kira-kira 10.30 malam ini yang turut memaklumkan bahawa jenazah sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Dr Lo' Lo' di lahirkan di Kuala Kangsar Perak pada 2 Ogos 1957. Beliau pernah bertanding di P 59 Bukit Gantang dan tewas kepada calon BN iaitu Dato Tan Lian Hoe pada 2994, cubaan kedua untuk menjadi wakil rakyat telah berjaya setelah menewaskan calon BN di P119 Titiwangsa dalam PRU 12 lalu.

Beliau meninggalkan 4 orang anak hasil perkahwinan dengan Dr Aminuddin Abd Hamid.