Ahad, 17 Julai 2011

Pas, Dap dan Pkr jangan megah dengan warna kuning.

Dato Ibrahim Ali yang juga rakan lama Anwar dan pernah ditahan bersama Anwar di Batu 4 Kamnunting
Pas adalah satu satunya parti politik pembangkang yang paling riak . Enggan bekerjasama dengan Umno kononnya Umno menolak Islam dan menolak Quran.

Pun begitu , tidak menjadi masalah bagi Pas apabila bersekutu dengan kapir harbi iaitu Dap dan Pkr.  Dap sedikit sebanyak mempunyai warisan peninggalan komunis  dan Pkr adalah gabungan parti sosialis yang juga menolak kewujudan agama dan tuhan. Pkr adalah gabungan parti mata satu iluminiti.

Kini Pas berbangga dengan warna kuning dan sudah pun melupakan warna hijau yang menjadi kebanggaan mereka sejak hampir 60 tahun.

Pas bangga dengan warna kuning, tahu kah Pas bahawa Pertubuhan Peribumi Perkasa juga menggunakan warna kuning sebagai agenda utama Perkasa mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu dan juga mempertahan kedaulatan raja-raja Melayu?

Gambar atas diambil malam tadi di Padang Awam Taman Kaya Taiping dimana satu majlis penerangan umum khusus berkenaan isu perhimpunan haram yang dilakukan oleh puak-puak pembangkang.