IKATAN RELAWAN RAKYAT |
Ketua Pengarah RELA Datuk Mustafa Ibrahim berkata Operasi Tegas yang telah diadakan sejak beberapa tahun lalu itu terpaksa dihentikan kerana ia menimbulkan banyak kontroversi dan tuduhan negatif pelbagai pihak yang boleh menjejaskan imej RELA.
“Sehubungan itu, saya minta setiap anggota RELA membatalkan semua operasi menahan pendatang dan segera memulangkan alatan yang digunakan seperti gari kepada pejabat dengan serta-merta,” katanya pada majlis perjumpaan dengan anggota RELA daerah Besut dan jajahan Pasir Putih di Kampung Baharu di sini hari ini.
Mulai sekarang setiap anggota RELA hanya dibenarkan menyalurkan maklumat sekiranya terdapat kegiatan pendatang di tempat mereka kepada pihak berkuasa.
Mustafa berkata RELA kini dalam proses meningkatkan imej di kalangan 2.7 juta anggotanya di seluruh negara dan sedang melakukan operasi pemutihan dengan menggugurkan nama anggotanya yang meninggal dunia, berusia melebihi 80 tahun dan tidak aktif lagi untuk digantikan dengan anggota baru.
Mustafa berkata pihaknya merancang untuk memperkenalkan konsep 1Rumah 1RELA untuk menambah anggota di kalangan penduduk di negara ini.
NOTA KAKI:
Satu hal lagi, kena kawal kemasukan ahli, jangan main ambil saja konon nak cukupkan koata 65 ribu ahli setahun. Jangan sampai tonto dadah pun jadi ahli dan mengganggu tugas pasukan keselamatan. Satu lagi matlamat mereka masuk ahli ialah nak dapat kad kuasa supaya senang nak pau pendatang atau nak ugut tauke-tauke judi, tauke nite club dan sebagainya.
Selain mahukan kad kuasa , mereka juga ingin memiliki senjata api selepas 5 tahun berkhidmat. Satu perkara lagi , setiap ahli perlu melepasi ujian air kencing dan tidak mempunyai rekod jenayah.