Rabu, 13 Julai 2011
Kerajaan mesti turun ke bawah dan berdepan dengan gunting karat
Ahad lepas, di PWTC telah diadakan Penerangan Perdana. Lebih 70 NGO dan GLC yang diwakili oleh lebih 6 ribu jemputan telah berada di Dewan Merdeka untuk mendengar penerangan daripada YB DS Shafie Apdal, YB DS Zahid Hamidi, YB Dato Ahmad Maslan dan ucap utama oleh YAB Dato Seri Najib.
Selesai sahaja ucap utama, majlis penerangan diteruskan dengan penerangan yang lebih detail mengenai isu kematian Teoh Beng Hock, pembunuhan Attantuya, dan isu Demo Bersih 2.0.
Sayangnya setelah selesai Ucaptama, dewan yang padat tadi telah tinggal separuh.
Sudah tentulah tak semua yang hadir akan mendapat input yang cukup untuk dibawa balik ke kawasan.
Tm memerhati dari atas hanya tinggal beberapa kerat sahaja wakil rakyat yang menunggu sampai habis. Yang lain mungkin beredar untuk mengekori Perdana Menteri dalam sesi sidang media dan mungkin untuk jamuan dan mungkin untuk mengampu Najib agar nama tidak digugurkan dalam PRU akan datang.
TM cukup berbangga kerana ramai ADUN Perak yang terus berapa dalam dewan untuk mendengar taklimat seterusnya.
Berbalik kepada tajuk di atas, selalunya untuk memberi penerangan tentang isu semasa ialah Biro Tata Negara.
Mereka akan turun ke peringkat daerah dan sebahagian pegawai-pegawai kerajaan sahaja dijemput hadir.
Cara ini sudah tidak berkesan lagi, apa yang perlu ialah BTN turun terus ke peringkat akar umbi.
Contohnya, sebuah pusat kesihatan besar yang mempunyai 50 orang kakitangan.
Kesemua mereka perlu hadir mendengar penerangan tanpa gagal. Tugas merawat pesakit boleh diganti oleh pegawai dari kawasan lain.
Hari ini kita tahu ramai kakitangan jabatan perubatan yang sudah masuk angin.
Begitu juga halnya dengan kakitangan sekolah, samada sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
Ramai yang sudah menyokong pembangkang. Tak kira lah Pas atau Dap. Otak mereka sudah rosak 100 peratus.
Ambil contoh sekolah agama Al Banat Kamunting yang mendapat bantuan kerajaan. Kaki tangannya dari atas sampai ke bawah semuanya terang siang malam.
BTN kena masuk dan bagi penerangan. Semua guru kena duduk dan dengar.
Begitu juga halnya dengan sekolah fully government. Kalau ada 100 guru. Semua 100 guru dan staff lain kena duduk dan dengar penerangan. Adakan sesi soal jawab dengan mereka yang jenis lalat hijau.
Kalau di dewan makan atau dibilik rehat bukan main mengutuk kerajaan, semua yang kerajaan buat tak betul.
BTN buat sesi Q&A . Tengok sikit muka depa. Kalau ada yang nak lari, ambil tindakan terhadap mereka.
Puak puak ini kalau ada sesi penerangan peringkat Daerah mereka akan menyusup keluar dan menghilangkan diri.
Masih ingat lagi satu ketika dahulu sewaktu krisis pemecatan Anwar Tan Sri Khalid Yunus turun ke Taiping dan bagi penerangan di Wisma Persekutuan tetapi yang hard core tak hadir.
Kalau ada satu dua sahaja. So apa lagi BTN, ayoh lah. Bawa Jasa dan Penerangan turun sama . Serang semua jabatan kerajaan. Letak komando di pintu belakang. Siapa yang lari tangkap dan tambat kaki ke kerusi, suruh dia dengar sampai habis.
Teringat lagi kata Tan Sri Khalid. Saya cabar kalau nak berpolitik , sila letak jawatan , jom kita berlawan.
Hari ini juga dalam akhbar, seorang menteri mencabar pegawai Jasa dan Penerangan. Dah baca? Kalau belum cari lah artikal tu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.