Sabtu, 16 Julai 2011

Khalid Samad digesa dedahkan kos Bersih 2.0 dalam himpunan 9 Julai

Mat Gereja bermulut longkang ini dengan mudah meminta menteri KDN mendedahkan kos operasi PDRM yang menghalang demontrasi Bersih atau lebih sesuai disebut BerShit 2.0.

Jika Mat Geraja ini berani mencabar KDN, hari ini TM pula ingin mencabar Mat Gereja agar mendedahkan kos yang ditangguh oleh BerShit sepanjang program ini berjalan sejak dari awal beberapa bulan lalu sehinggalah sekarang.

Di Selangor ada pula pihak yang mencetak talileher BerShit untuk dipakai oleh penyokong mereka setiap hari Sabtu.

Juga dedahkan berapakah wang yang disalurkan oleh Barat ke dalam akaun Ambiga melalui beberapa bank tempatan.

Jika Mat Gereja ini benar-benar tidak munafik sila berkata benar.


Mamat Gereja

SHAH ALAM, 15 Julai — PAS Selangor mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan perbelanjaan yang ditanggung kementerian itu dalam operasi membanteras perhimpunan yang diadakan pada 9 Julai lalu.

Timbalan Pesuruhjayanya Khalid Samad (gambar) berkata, beliau mendapat maklumat perbelanjaan itu mencecah jutaan ringgit.

“Hishammuddin perlu dedahkan berapa perbelanjaan yang digunakan Kementerian Dalam Negeri sepanjang operasi itu berjalan. Kita nak tahu sejak dari mula operasi sampai habis.

“Sebab kalau kita lihat berapa banyak anggota keselamatan digunakan sepanjang operasi itu termasuk pada 9 Julai, ia juga termasuk perbelanjaan makan dan minum kerana saya difahamkan perbelanjaan itu mencecah jutaan ringgit,” katanya pada sidang media selepas memfailkan saman pemula terhadap empat individu termasuk Hishammuddin berhubung tangkapan yang dilakukan ke atas ahli parti Islam itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini.

Sebelum perhimpunan 9 Julai berlangsung – yang melibatkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan Pemuda Umno, polis telah mengerahkan anggotanya untuk mengambil tindakan dan menahan sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan itu.

Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Pada perhimpunan itu lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0, Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno ditahan.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri menarik balik semua pengisytiharan pengharam terhadap Bersih 2.0 termasuk kemeja-T.

Semalam Ketua Polis Shah Alam ACP Ahmad Zahedi Ayob berkata pihaknya akan mengambil tindakan termasuk merampas barangan dan menangkap individu yang menjual barangan yang mempunyai logo perhimpunan haram pada Sabtu lalu kerana ia menyalahi undang-undang.

Beliau berkata sebarang penjualan barangan termasuk pakaian seperti kemeja-T atau tali leher yang mempunyai logo penganjur perhimpunan haram itu adalah tidak dibenarkan sama sekali.

- The Malaysian Insider