Jumaat, 5 Ogos 2011

ISU GEREJA METHODIST DAMANSARA UTAMA, PETALING JAYA SELANGOR - APA DAH JADI DENGAN ORANG MELAYU ISLAM HARI INI?

Saya pasti begitu ramai yang akan merasa terkejut apabila membaca berita mengenai seramai 12 orang beragama Islam telah menghadri satu majlis "berbuka puasa" anjuran sebauh gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya. Pihak JAIS dan polis telah membuat serbuan ke premis tersebut tetapi tiada tangkapan dibuat. Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.
Saya selaku seorang Melayu yang beragama Islam merasa amat terkejut dan amat marah serta amat kesal dengan insiden yang berlaku ini! Atas apa alasan sekalipun, adakah wajar seseorang yang beragama Islam menjejakkan kaki ke sesebuah premis yang terang-terangan tertulis pekataan "Church" ini? Apatah lagi tindakan mereka ini telah menconteng semangat dan kemuliaan Ramadhan yang begitu suci bagi seluruh umat Islam. Seperti biasa, apabila perkara ini berlaku di kalangan pimpinan parti politik pembangkang, maka PAS dan PKR akan mempunyai seribu satu alas an untuk menghalalkannya. Jika perkara ini berlaku di kalangan paarti politik Umno, maka siaplah, akan ada seribu satu fatwa untuk mengharamkannya!
Saya tidak peduli siapa yang buat perkara ini samada pembangkang atau Umno, jika salah maka ia tetap salah. Kesalahan dan kebenaran janganlah hanya dilihat dari satu sudut sahaja. Janganlah hanya dilihat dari sudut kepentingan politik sahaja. Apa sudah jadi dengan Melayu Islam hari ini? Melayu terus-terusan menjadi alat dan kuda tunggangan bangsa lain. Itupun ada Melayu yang masih tidak sedar diri!
Sebagai seorang Melayu beragama Islam, sanggupkah anda menjejakkan kaki ke mana-mana majlis anjuran pihak gereja? Saya pasti anda tidak akan sanggup, biar seburuk dan serendah manapun ilmu anda sebagai seorang Islam. Jadi bagaimana dengan 12 orang yang hadir ke majlis di Gereja Methodist Damansara Utama itu? Sudah pasti jawapan yang akan kedengaran ialah "Islam tidak itu dan tidak ini…."

Janganlah dijadikan alasan bahawa kehadiran seseorang Islam ke sesuatu majlis anjuran bukan Islam bukan bermaksud untuk memurtadkan orang Islam. Kita faham dan kita bukannya bangang sangat untuk memahaminya! Soalnya sekarang ialah antara "12 orang Islam" - "bulan Ramadhan" - "gereja". Malang sekali perkara sensitif seperti ini tidak langsung diberikan perhatian oleh pihak-pihak yang terlibat. Satu demi satu kepentingan orang Islam dicemari. Tidak cukup dengan pemimpin politik bukan Islam menggunakan ayat suci al-Quran, pemimpin politik bukan Islam masuk ke masjid dan surau memberikan tazkirah, masuk ke surau dengan pakaian mendedahkan aurat kini timbul pula isu hadir ke gereja di bulan Ramadhan. Dangkal benar tindakan dan pemikiran mereka ini.
Saya harap orang Melayu Islam janganlah menjadi begitu bodoh sehingga kita pula yang "dipandu" oleh mereka yang bukan Islam….Biarlah kita bodoh dalam urusan pengurusan dunia tetapi janganlah bodoh sangat sampai tak tahu nak membezakan mana yang patut dengan mana yang tidak dalam hal kepentingan beragama. Takut-takut nanti gereja lebih digemari berbanding surau dan masjid..bulan Ramadhan pun dah tak ada apa-apa maknanya lagi..
Sedarlah semua orang Melayu dan Islam!!

Mukther Rizam Bin Ahmad
Ketua Penerangan PERKASA Daerah LMS
5 Ogos, 2011
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.