Rabu, 17 Ogos 2011

POLIS TRAFIK RASUAH?


Klip video selama 1.59 minit tersebut memperlihatkan seorang pemandu warga Singapura yang menyeberang ke Malaysia melalui Tambak Johor telah ditahan polis trafik kerana memandu laju, 125 kilometer sejam, berbanding 110 kilometer sejam seperti yang dibenarkan undang-undang.

Rakaman tersebut tidak menyatakan secara tepat di mana kejadian itu berlaku tetapi laman web berkenaan turut memuatkan beberapa keping gambar operasi polis trafik di tempat kejadian.

Di dalam klip video yang dirakamkan pada tarikh 8 Julai lalu, namun baru dimuatkan di internet ini pada mulanya, menunjukkan anggota trafik berkenaan telah meminta sesuatu dipercayai kad pengenalan atau lesen memandu dari pemandu tersebut, sebagaimana prosedur biasa.

Namun beberapa saat kemudiannya, anggota polis trafik itu bagaikan sudah biasa mengamalkan rasuah jalanan, menebalkan muka meminta ‘duit kopi’ sebanyak RM100 untuk mengelak pemandu itu disaman, namun jumlah tersebut tidak dipersetujui oleh pemandu itu.

Kemudiannya proses tawar menawar berlaku dan jumlah ‘duit kopi’ itu berjaya dikurangkan kepada RM50 oleh pemandu warga Singapura tersebut.

Setelah membayar wang berjumlah RM50, pemandu warga Singapura itu dilepaskan pergi oleh anggota polis trafik itu sambil menyelitkan wang yang diterima di bawah buku saman miliknya.

Video klip berkenaan turut menggunakan lagu tema ‘Truly Asian’ sebagai muzik latarnya sebagai satu sindiran sinis kepada Malaysia, di mana lagu itu digunakan oleh Kementerian Pelancongan untuk mempromosikan negara ke mata dunia.

Tindakan itu secara tidak langsung mampu memberikan kesan buruk terhadap industri pelancongan yang merupakan industri kedua yang memberikan pendapatan paling tinggi kepada Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri, sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan undang-undang dan tindak-tanduk anggota polis trafik wajar memberikan perhatian serius kepada insiden yang memalukan negara ini.

Perlakuan buruk anggota polis trafik itu juga tidak dapat dikompromikan lagi memandangkan pihak Polis DiRaja Malaysia bergitu giat menjalankan kempen Benci Rasuah dan boleh dikatakan setiap anggotanya dibekalkan lencana bertulis ‘Intergriti Amalan Kita’.


5 ulasan:

  1. aku pun ada ternampak..kat interchange corner masuk ke second link lepas Kulaijaya..dari PLUS highway nak ke Senai dan 2nd link ..banyak kereta Spore yg kena..cara pasukan Polis ni buat sekatan pun mencurigakan..tak macam biasa..munkin satu kumpulan yg berbuat sendiri, aku tak nampak pun ada pegawai.Ini tindakan segelintir yg mencemarkan imej Polis DiRaja kita agaknya....

    BalasPadam
  2. Harap KPN dan Ketua Polis Johor buat siasatan terhadap kes ini...pecat saja senang....cerita..

    BalasPadam
  3. kita menghormati pasukan polis apa yang kita saksikan tadi adalah satu sikap yang buruk ditunjukan oleh seorang anggota polis trafik yang dipercayai tempat kejadian didalam negeri johor, harapan rakyat semoga ketua polis johor dan ketua polis negara perlu adakan siasatan terperinci kerana kes ini melibatkan warga singapura yang sentiasa mencari kesalahan kerajaan malaysia.

    BalasPadam
  4. Memalukan dan mengaipkan perlakuan anggota polis tersebut. Berilah makan anak dan isterimu dengan harta pencarian yang halal. Tak cukupkah lagi gaji yang semakin meningkat buat anggota polis hinggakah terpaksa melakukan kerja-kerja hina tu. Entahlah bila benda ni nak berakhir. KPN n KPJ jangan pekakkan telinga dan pejamkan mata.

    BalasPadam
  5. MASIH TAK CUKUPKAH GAJI YANG KERAJAAN BAYAR PADA TIAP-TIAP BULAN HINGGA TERPAKSA TERIMA RASUAH UNTUK BAGI MAKAN ANAK DAN ISTERI

    BalasPadam