Kalau zaman sebelum perang dunia II, walau pun hidup susah, duit kecil tetapi tidak mati kebulur seperti zaman jepun.
Bila Jepun memerintah beras habis kena rampas, kain baju tak ada, habis guni jahit buat baju, mayat mati pun kapan dengan tikar mengkuang saja.
Habis Jepun mai pula Bintang 3, ramai melayu kena heret masuk hutan diseksa dan dibunuh kononnya talibarut British dan Jepun. Ada kawan bunuh kawan itu lah ganasnya PKM.
Di Batu Kurau terkenal kisah Chik Komunis yang mati dibunuh oleh meriam British yang melancarkan tembakan daripada Padang Astaka Batu Kurau menghala ke bukit.
Anak kepada Chik Komunis bermati-matian menafikan bahawa bapanya bukan komunis sebaliknya angkatan PKMM yang menentang Jepun.
Pun begitu orang kampung mengakui Chik adalah mati bersama-sama dengan beberapa orang ahli PKM , Mayat mereka diikat pada sebatang kayu dan dibawa turun dari bukit dan dipamerkan di balai polis.
Pada tahun 80an sebelum PKM meletakkan senjata seorang anak cina dari pekan tersebut juga mati dibunuh oleh tentera dan keluarganya manafikan ia bukan anaknya.
Sehingga ini di pekan Batu Kurau terdapat bekas komunis yang sudah menyerah diri dan menjalankan perniagaan sampai sekarang. tetapi jika dilihat mukanya masih ganas macam bapa gangsters.
Pada tahun 60 dan 70an kita boleh lihat beberapa peniaga akan hilang untuk beberapa hari atau bulan, bila ditanya kemana pergi tauke besar, kaum keluarganya dengan mudah menjawab ' pergi Singapore ' .
Teringat cerita arwah seorang guru yang rajin bercerita, dahulu semasa Batu Kurau diserang oleh tentera Siam, orang yang mati dibunuh atau dicucuk telinga dengan rotan dan akan diheret balik ke Siam sebagai tanda kemenangan dalam peperangan.
Zalim sungguh noo. dua tiga hari lepas Astro menayang rencana Islam di Bangkok. Mengikut sejarah Pattani, penduduk Islam yang berada di sekeliling terusan di Kota Bangkok adalah tawanan perang dari Pattani.
Setelah Siam berjaya menawan Pattani, mereka membawa ribuan penduduk Islam balik ke Bangkok dibina rumah sekeling kota raya sebagai perisai untuk mengelakkan serangan tentera Pattani.
Cuba lihat gambar di atas .bayangkan anjing tersebut ialah orang Melayu yang diheret oleh Bintang3.