Sejak Mat Sabu menyokong perjuangan komunis Mat Indera, populariti Mat Sabu semakin menjunam. Sudah ada suara-suara orang kampung yang selama ini penyokong tegar Pas sudah mula mencemek muka kepada Mat Sabu yang disifatkan terlalu riak dengan kemenangannya jawatan Timbalan Presiden Pas.
Walaupun isu Mat Sabu ia masih panas ia gagal menutup isu kepala lutut Mat Sabu dan isu DUMC. Rakyat semakin muak dengan sikap hipokrit Pas yang bermuka-muka dalam mencari peluang politik.
Mat Sabu sudah setaraf Nizar Jamaluddin yang menjual agama dan negara kepada Dap Perak. Allah benci Nizar dan akhirnya Allah mengangkat Dr Zambry menjadi Ketua Eksekutif Pentadbiran Perak.
Nizar terus meroyan meraban dan hilang separuh iman. Nizar menjadikan roh Islam semakin menipis sama seperti Mat Sabu.
Tidak hairanlah dan tidak mustahil Mat Sabu akan menjadi Timbalan Presiden Pas terakhir, seperti mana Nizar Jamaludin telah melakarkan sejarah sebagai Menteri Besar Pas yang pertama dan terakhir di Perak.
Sudah Pasti dalam pemilihan pucuk pimpinan di muktamar Pas akan datang, Mat Sabu sekali lagi akan diterajang keluar oleh perwakilan Pas. Ini kerana mereka tahu bahawa Mat Sabu menang kerana menggunakan wang, Kemungkinan besar wang tersebut datang dari tauke Mat Sabu iaitu LGE.
Setelah disingkirkan daripada Pas, Mat Sabu akan menjadi penulis buku-buku sejarah perjuangan komunis dan wang dan sumber akan ditaja oleh LGE. Buku tersebut hanya akan ditandatangani oleh Mat Sabu kononnya dia lah penulis sebenar.
Sejarah negera akan berubah dibawah penulisan Dap yang mana Mat Sabu adalah Pak Sanggup kepada komunis.