Khamis, 15 September 2011

Penduduk Jelai Batu Kurau Perak mahukan bangunan sekolah baru secepat mungkin

Pada 26 Ogos 2010, bangunan utama SK Jelai telah terbakar di bahagian bumbung dan menyebabkan keseluruhan bangunan tersebut tidak dapat digunakan.

Hari ini setelah setahun, masih belum ada tanda-tanda bangunan tersebut diganti baru. Penduduk kampung sudah mula merungut kerana bangunan yang terbakar kini semakin lusuh dan rosak akibat cuaca.

Dari aspek keselamatan bangunan tersebut perlu dirobohkan segera. Selain itu ia juga mencacatkan pemandangan dan menjejaskan keceriaan sekolah. Tambahan lagi dalam suasana menyambut Hari Kebangsaan esok 16 September 2011.

Menurut YDP PIBG sekolah tersebut En Mat Isa Taha, beliau telah dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Larut bahawa kerajaan telah meluluskan pembinaan 2 blok bangunan baru yang bernilai 4 juta ringgit, tetapi sampai sekarang belum ada papan tanda projek akan dimulakan.

Pihak Pejabat Pelajaran Daerah ketika dihubungi memaklumkan pelbagai usaha telah dijalankan untuk pihak kementerian mempercepatkan projek pembinaan baru dan setakat hari ini masih peringkat menunggu.

Minggu ini seramai 47 calon UPSR telah menduduki peperiksaan mereka di dalam sebuah kabin sementara. Tahun lalu kesemua calon mengambil peperiksaan di dalam makmal komputer.

Menurut penduduk lagi, Perdana Menteri telah meluluskan berjuta-juta ringgit untuk membina semula SRJKC dan SMJKC di Sarawak dan dalam lawatan beliau ke Kedah beberapa bulan lepas sebanyak 11 juta ringgit telah diperuntukan untuk pembinaan sekolah bantuan kerajaan.

SK Jelai adalah sekolah kerajaan penuh dan wajar mendapat pembelaan segera. Harap Ahli Parlimen Larut dapat melihat dan mengambil tindakan segera terhadap isu ini.

Untuk mengimbas kembali saat-saat cemas kebakaran tersebut sila klik (DISINI), (DISINI ) dan (DISINI)