Pandangan dari luar |
Adun Kubu Gajah |
Cerita 1
Sekolah Kebangsaan Jelai di Batu Kurau petang tadi terbakar hangus. Kebakaran disedari jam 3,45 petang. 26 Ogos 2010.
Ketika kejadiaan guru besar berada dalam bilik dan beberapa orang pegawai dan kakitangan yang lain.
Bangunan 2 tingkat yang hangus itu telah memusnahkan satu bilik guru besar, lima bilik darjah dan satu bilik komputer.
Saya selepas dimaklumkan telah berkejar ke sekolah tersebut. Saya juga telah menghubungi setiausaha sulit timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri pelajaran mengenai kebakaran tersebut.
Punca kebakaran masih belum diketahui dan saya dimaklumkan pelajar-pelajar terbabit terpaksa menggunakan dua buah dewan serbaguna dan orang ramai buat sementara.
Dalam kebakaran itu bagaimana pun tiada kemalangan jiwa berlaku.- Raja Ahmad Zainuddin
Cerita 2
Semalam dalam perbualan sewaktu majlis hari raya dengan orang kampung, menyatakan bahawa Bomba Kamunting hanya menghantar sebuah 4x4 kecil untuk memadamkan kebakaran dan keupayaan amat terhad. Jentera tersebut juga dilihat mempunyai masalah teknikal.
Mereka terpaksa meminta jentera pemadam yang lebih besar untuk memadamkan kebakaran. Dengan jarak hampir 28 km sudah tentu mengambil masa sekurang-kurannya 15- 28 minit untuk sampai.
Orang kampung juga meminta pasukan bomba sukarela yang bertempat di Batu Kurau supaya membantu memadamkan kebakkaran pada peringkat awal tetapi mereka menolak kerana ia tidak melibatkan bangunan kedai.
Difahamkan api bermula di atas bumbung dan terdengar bunyi letupan-letupan yang kecil sewaktu kebakaran. kemungkinan berpunca daripada litar pintas.
Pada pandangan TM jika 20 orang menggunakan alat pemadam ABC jenis serbuk kering sudah tentu kebakaran akan dipadam lebih awal sebelum api membesar.
Inilah puncanya jika masyarakat awam tidak dilatih bagaimana menggunakan alat pemadam kebakaran tersebut. TM yakin dalam kawasan sekolah mempunyai banyak alat-alat pemadam jenis ABC berwarna biru dan merah.
Orang kampung hanya mampu melihat dan merakam gambar menggunakan kemera fon sebagai memori mereka tanpa berfikir bagaimana mereka dapat memadamkan kebakaran itu.
TM sedih juga mendengar cerita bahawa Pasukan Bomba Sukarela enggan membantu memadamkan kebakaran kerana ia tidak melibatkan bangunan kedai. Tidakkah ini bersikap rasis. Apa pula akan terjadi jika sekolah SRJKC yang tidak berapa jauh dari bangunan itu terbakar. Sudah tentu boma sukarela akan bermati-matian untuk memadamkan kebakaran tersebut.
Seterusnya TM ingin mencadangkan kepada penduduk-penduduk kampung melayu agar segera menubuhkan pasukan bomba sukarela untuk melatih anak-anak kampung melawan dan memadam kebakaran.
Penubuhan Bomba Sukarela ini terdapat dalam fasal 14.61 Rancangan Malaysia ke 7 dan ia berada dibawah akta bomba 1988/62(1)(ca) dibawah Kementerian PBT.
Orang kampung sangat sinonim dengan RELA, Belia 4B dan MAYC. Apa kata kita tubuh pula Pasukan Bomba Sukarela Kampung di bawah JKKK.
Kursus dan bantuan peralatan akan disediakan oleh Bomba sendiri. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia juga sedia mengadakan kursus untuk melawan kebakaran ini. Harap pihak JKKK dapat memohon untuk mengadakan kursus sehari daripada mereka
Nak mengharapkan pasukan sukarela yang ada , jangan mimpilah..Harap kementerian PBT dalam melihat isu ini.
View Larger Map