Bila undang-undang yang dibuat sudah berjaya dicabar atas nama hak asasi kebebasan bersuara, masa satu tindakan harus diambil segera.
Tak hairan seandainya perkara 152, 153 dan perkara-perkara lain dalam perlembagaan persukutuan juga akan dianggap tidak releven dan bercanggah dengan hak asasi manusia.
Mahkamah Rayuan di sini Isnin mengisytiharkan Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan atau bangkangan dalam aktiviti politik sebagai tidak sah di sisi undang-undang. Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Wira Low Hop Bing memutuskan seksyen tersebut dalam AUKU itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.Jika fenomena ini berterusan, alamat lingkuplah negara.