Menurut laporan dalaman Pas, jualan harakah semakin merudum dan menyebabkan banyak pejabat harakah negeri ditutup.
Sebarang urusan dengan Harakah seperti iklan dan sebagainya ia hendaklah dibuat dengan panggilan telefon sahaja dan pihak harakah akan buat temujanji di restoran sahaja untuk perbincangan.
Urusan dibuat dirumah wakil-wakil yang dilantik sahaja. Dahulu Harakah amat laris jualannya tetapi pembaca semakin berkurangan terutama mereka yang bukan ahli Pas.
Seorang rakan menceritakan dia yang dahulunya pembaca fanatik, akhirnya jemu dengan berita-berita palsu dan fitnah.
Nik Abduh Nik Aziz juga baru-baru ini telah mengkritik Harakah kerana banyak melaporkan perkara palsu dan fitnah. Harakah tidak ada credibility, menurut tulisan beliau.
Di kedai yang menjual harakah pun mengakui harakah tidak laku dan ada yang tak terjual langsung dan kuning kering di dalam rak.