Selasa, 17 Januari 2012

Pakatan Rakyat dan hasrat merampas Felda

Dasar FELDA Pakatan Rakyat merupakan salah satu dari empat "Tawaran Jangga" yang akan dibahaskan tengah hari ini di konvensyen kali ini.

Rumusan dari dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa "Tawaran Jingga", Dr Dzulkifly Ahmad antara lain berpendapat bahawa amalan Umno Barisan Nasional dalam menguruskan Felda sekarang menyimpang dari tujuan asal penubuhannya.

Dzulkifly yang juga AJK PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor berpendapat bahawa tujuan penubuhan Felda adalah untuk membasmi kemiskinan rakyat khususnya Melayu, bukan memelihara kepentingan pemimpin Melayu dalam Umno.

"Felda menyediakan perkhidmatan dan bantuan sokongan kepada peneroka sebagai tuan tanah agar mereka mendapat pulangan terbaik dari tanah dan tanaman mereka," dipetik dari buku 'Janji Jingga' yang bakal dilancarkan hari ini.

Pakatan, menurut beliau mahu menghentikan penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) kerana penyenaraian itu bertentangan dengan semangan asal penubuhan Felda serta mengkhianati kedudukan peneroka selaku tuan tanah.


Didedahkan, kumpulan Felda kini mempunyai 137 syarikat yang aktif dalam pelbagai perniagaan.

47 daripadanya adalah syarikat atau hak milik Felda Holding Berhad (PHB), manakala 90 syarikat yang lain adalah ditubuhkan di bawah FGV.

Tahun kewangan 2010 mendedahkan FGV mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM366.37 juta sementara FHB mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM760.10 juta.

Gambarannya di sini, FGV sejak ditubuhkan pada tahun 2007 telah mencatatkan kerugian yang banyak dengan pelaburan di luar negara yang diragui ketepatan nilai para pelaburnya; pada kala FHB mencatatkan keuntungan yang lebih berbanding FGV.

Perlu diingatkan, kedua-dua syarikat berkenaan – FGV dab FHB – ditubuhkan dan dibina atas kekuatan kewangan hasil sumbangan para peneroka Felda yang menjadi pelanggan kepada syarikat-syarikat berkenaan.

Melalui penyenaraian, pegangan bersih peneroka serta kakitangan Felda dalam FHB  (yang lebih menguntungkan) akan berkurangan

Sebelum penyenaraian, 51 peratus dipegang bersih oleh peneroka dan kakitangan dalam FHB.

Selepas penyenaraian, pegangan mereka ini menguncup pada 42,6 peratus.

Oleh hal demikian, penyenaraian semula kesemua syarikat perniagaan du bawah Felda melalui suntikan ke dalam FGV yang disenaraikan di bawah Bursa Saham Kuala Lumpur wajib ditentang kerana:-

PERTAMA, ia bertentangan dengan konsep asal penubuhan Felda yang menjunjung peneroka sebagai tuan tanah. Penyenaraian ini akan memperjudi hak peneroka dalam pasaran saham.

KEDUA, Penstrukturan semula perniagaan Felda di bawah FGV dan FHB ini sekaligus akan mengakibatkan peneroka dipaksa menanggung risiko kerugian syarikat-syarikat kurang berdaya saing di bawah FGV.

KEEMPAT, penstrukturan ini akan mengakibatkan hak peneroka dan kakitangan Felda hilang pegangan khususnya dalam syarikat-syarikat dalam FHB sebagai pertukaran dengan pegangan dalam FGV yang didedah rugi.

KELIMA, Penyenaraian ini sekaligus bermakna tanah-tanah yang diusahakan oleh atas nama peneroka akan hilang dan menjadi milik syarikat awam yang majoritinya bukan peneroka dan kakitangan Felda. -END
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.