Khamis, 29 Mac 2012

Pakatan Pembangkang memang anti sukan

Parti Pas, Pkr dan Dap merupakan parti politik anti sukan. Hari ini apa jua perancangan kerajaan untuk membangunkan sukan tetap dikritik oleh pembangkang. Mereka seolah-olah memperlekeh usaha kerajaan untuk menaikan nama negara dalam bidang ini.

Kini pencapaian bolasepak sama ada di peringkat sekolah atau kebangsaan semuanya dibangunkan oleh kerajaan. Pasukan bolasepak Perak lingkup di bawah pentadbiran Nizar, kini Kedah menghadapi zaman gelap, Kelantan masih gagah di bawah Anuar Musa [Umno].

Isu terbaru ialah apabila sebahagian peguam bodoh dari PKR telah menghalau pasukan rugbi daripada menjalankan latihan kerana puak-puak pembangkang nak berdemo.

Satu ketika dahulu seorang kanak-kanak Melayu bernama Hafizuddin dari Batu Kurau Perak telah menjadi juara badminton bawah 12 tahun Pertandingan Badminton Peringkat Larut Matang dan Selama tetapi kerana bapanya orang Pas maka bakat anaknya dimusnahkan begitu sahaja setelah anaknya ditempatkan di sekolah agama rakyat peringkat menengah. Cuba perhatikan pernahkan sekolah agama rakyat menganjur pertandingan sukan? Jawapannya tiada.

1Murid 1 Sukan juga diperlekehkan oleh pembangkang dengan cacian dan tohmahan. Anak-anak orang Pas menghalang anak mereka menyertai program ini tetapi menghalangkan anak-anak mereka merempit dan berpeleseran di malam-malam minggu.

Cuma akhir-akhir ini kita sering melihat Pas menganjurkan pertandingan futsal, sepak takraw dan sukanneka di peringkat kampung tetapi ianya hanya wayang untuk pancing anak-anak muda menyertai Pas sahaja. Kalau mereka ikhlas buatlah sukan yang hebat di peringkat sekolah agama rakyat tajaan mereka.
Yang ni depa pandai laa

Awas! Jika pembangkang memerintah alamatnya Hancur Sukan Negara tiada lagi slogan Majulah Sukan Untuk Negara. Tolak Pas, Tolak Pkr dan Tolak Dap.