Isnin, 7 Mei 2012

Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012


Barisan Ahli Penal Pendengar

"SRJKC dan SRJKT diberi bantuan penuh oleh kerajaan sama seperti SK,” ” Jadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam SPM, ” ” Hapuskan PIBG,” ” Hapuskan subjek Sivik atau Tatarakyat,” ” Pendidikan Vokasional hendaklah dimulakan seawal 13 tahun,” “Gantikan buku teks yang membebankan dengan E-Book,”

Demikianlah sebahagian daripada puluhan cadangan yang dilontarkan oleh 47 peserta dalam sesi dialog kedua yang diadakan di Hotel Taiping Perdana Bandar Taiping untuk Peringkat Negeri Perak.

Tidak kurang 1000 peserta telah mendaftarkan diri awal pagi tadi. Sesi dialog yang bermula jam 9.00 pagi berakhir tepat pada jam 1.00 tengah hari.

Antara peserta yang hadir lah Dato Dr Anwar Hassan dari PAGE Ipoh, Pengerusi PIBG Kebangsaan En Shaharuddin Abdul Rashid, wakil-wakil PIBG peringkat sekolah dan daerah, guru-guru dan pemimpin masyarakat tempatan.

Mencuri tumpuan ialah kehadiran seorang “Pakar Matematik dan Fizik” tempatan bernama Abdul Halim Bistamam beliau menyatakan sistem pendidikan di Malaysia hanya menggalakkan pelajar menggunakan otak kiri sahaja dan beliau mencadangkan agar otak kanan juga turut diberi tumpuan dalam sistem pendidikan.

Dialog kali ini adalah yang kedua selepas sesi pertama diadakan di Putrajaya pada 29 April 2012 lalu. Sembilan Bidang Untuk Perbincangan yang menjadi fokus utama ialah;
  1. Guru,
  2. Kepimpinan Sekolah,
  3. Kualiti Sekolah
  4. Kurikulum dan Pentaksiran,
  5. Profisiensi Pelbagai Bahasa,
  6. Peluang Lepasan Menengah,
  7. Ibu bapa, Komuniti dan Sektor Swasta,
  8. Kecekapan dan Keberkesanan Sumber Kementerian
  9. Kapasiti dan Keupayaan Sistem Penyampaian Kementerian.

Sesi dialog telah dipengerusikan oleh Y.Bhg Tan Sri Dato’ Dr Wan Zahid. turut hadir ialah Dato Asariah Mior Shaharuddin dan Prof Madya Dr Sivanurugan Pandian.