Ahad, 17 Jun 2012

Ulamak Terkemuka Dunia Sokong Kerajaan Malaysia





HIMPUNAN Fiqh Mentaati Pemimpin yang sedang berlangsung di PWTC sekarang sebenarnya bukan setakat himpunan biasa, ia adalah satu perhimpunan yang mengumpulkajn tokoh-tokoh ilmuwan dan cendekiawan Islam dari serata dunia membincangkan tentang ketaatan kepada pemimpin.

Taat kepada yang makruf tapi menentang kepada yang mungkar, itulah isinya yang boleh disesuaikan dengan senario politik semasa.

Penulis tidak rasa orang PAS tahan walau 5 minit duduk mendengar pembentang kertas kerja. Dalam pembentangan yang pertama, ada pulak soalan tentang kekecohan baru-baru ini yang ditimbulkan PAS dengan mengarahkan ahli partinya menangguhkan ibadah haji tahun ini demi untuk mengundi dalam pilihanraya dan bagi jentera parti, persiapan parti itu menghadapi pilihanraya.

Menurut Mantan Timbalan Syeikhul Azhar Mesir, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, setakat seratus ribu orang pun masih lagi tidak menjejaskan proses pengundian di negara ini (itu kalau betulah 100 ribu orang yang pergi ke Mekah).

Kuota haji negara kita ditetapkan pada 1% rakyat atau 28,000 orang, lebih kurang. Kalau pandangan Sheikh Mahmoud diambil kira, pandangan PAS itu memang berlawanan dengan Islam.

Sudah tentu ada balaci PAS yang sudah teruk dirosakkan otaknya akan menyanggah pendapat itu dengan memetik kitab dan rujukan dari ulama yang entah siapa-siapa. Tambahan pulak bila dewa hidup mereka Nik Aziz sudah endorse ‘cadangan’ Ketua Penerangan PAS itu.

Sengaja disebutkan ‘cadangan’ sebab walaupun berjawatan Ketua Penerangan, apa yang keluar dari mulut Tuan Ibrahim masih lagi dipandang sebagai mewakili pandangan peribadinya sahaja, bukan pandangan parti, walaupun hal itu hal berkenaan parti.

Pelik tapi itulah satu dari berpuluh jenis gila dalam PAS.

Pembentang yang kedua, Mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar, Dr. Hamed Mohamed Abdel Rahman lagi hebat. Beliau yang kagum dengan negara ini turut memberikan pandangan positif mengenai Islam di negara ini.

Mau cair telinga balaci PAS mendengar pendapat beliau yang mengulas pelbagai aspek agama dan pentadbiran, termasuk hukum hudud. Maklum di mata mereka tidak ada apa mengenai Islam di negara ini yang betul, semuanya salah belaka.

Penulis juga tertarik dengan pandangannya bahawa pihak yang menggunakan hudud untuk mendapatkan undi adalah mencari keredhaan manusia, bukan keredhaan Allah swt, sedangkan itulah (keredhaan Allah swt) itulah yang paling penting pun.

Penulis suka nak ingatkan, ini pandangan yang mewakili Universiti Al-Azhar, universiti yang menjadi kebanggaan majoriti penyokong dan pemimpin PAS, walaupun Nik Aziz dapat degree dari sebuah Universiti di India.

Malah sekarang pun, PAS masih galak merekrut lepasan Universiti Al-Azhar sebagai lapisan entah nombor berapa dalam saf kepimpinan mereka. Maklum, dalam PAS, jawatan bermula dari Presiden sampai ke Mursyidul Am, relatifnya adalah jawatan seumur hidup. Kena menunggu sehingga pemegang jawatan mati dulu baru boleh ada pegganti.

Maka itu penting direkrut dari muda dan lulusan Al-Azhar adalah salah satu kriteria utama.

Tapi sekarang Ulamak dari Universiti tersebut pun galak menyokong Malaysia dan pandangan kenapa hudud bukan satu keutamaan dalam masyarakat Islam. Having said that, kita bukan menolak hudud cuma hukum ini belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia kerana komposisi masyarakat yang berbeza.

Alah, Haji yang rukun fardhu itu pun boleh tangguh kerana undi, apatah lagi hudud yang bukan fardhu itu.

-Mykmu-