hippies and woodstock |
Mislina Mustaffa wanita gelandangan yang tiba-tiba meletup namanya selepas menyertai demo PTPTN bersama mahsewel ini mengakui beliau sudah 5 bulan hidup tanpa rumah, berbekalkan 4 helai pakaian dan sebuah notebook beliau merayau bagaikan hippies pada zaman woodstock 1969 dahulu.
Tujuannya ialah untuk menulis sebuah buku berjudul Homeless By Choice. Wah, hebat dia noo!
Cuma TM merasakan ia bukan satu usaha yang sesuai untuk ditulis oleh Mislina. Orang lain berusaha menulis buku ilmiah yang boleh memanfaat pemikiran generasi muda, tetapi Mislina mengajak masyarakat kembali ke zaman woodstock ( free music, free drug and free sex).
Kalau Mislina orang Barat tak kisah lah, nak berbogel di atas jalan raya pun orang tak kisah. Mislina ni orang Melayu anak Pak Mustaffa. Bila dah Melayu mestilah beragama Islam kecuali lah dia berasal dari Melayu Cocos yang majoritinya beragama Kristian atau Mislina adalah bumiputera Sabah atau Sarawak, tak pun Mislina adalah dari masyarakat orang asli.
Dalam beg Mislina ada atau tidak kelengkapan solat seperti telekung dan sejadah? TM pernah terjumpa sekeping gambar Mislina bergelandangan dalam sebuah kuil dan mengharap kan belas insan kuil untuk memberi dia makan.
Akhir kata dari TM untuk Mislina ialah, batalkan lah niat untuk menulis buku sampah tu, lebih baik pergi jumpa Nik Aziz atau Azhar Idrus untuk minta tiket ke syurga atau minta mereka ampunkan dosa kamu seperti mana yang pernah dilakukan oleh Elii Wongge.