Selasa, 17 Julai 2012

Bantuan TR1Ma dan masalahnya

Jangan kecewakan mereka
Bantuan Tayar untuk Teksi pada awal dilihat cukup baik dan seolah-olah tidak ada sebarang masalah yang bakal timbul. Bagaimanapun setelah program ini berjalan timbul pelbagai masalah dan ketidak fahaman penerima bantuan. Masalah utama ialah tiada stok tayar dan kenaikan harga tayar secara mendadak.

Ini memerlukan satu kajian dan penilaian semula tentang perlaksanaan bantuan ini. Hari ini SPAD akan membincangkan masalah ini. 


Program bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma) adalah dilahirkan dari cetusan buah fikiran Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri atas keperihatinan beliau mengenai masalah yang dihadapi pemandu teksi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri faham akan keluhan pemandu teksi yang menghadapi kos penyelenggaraan yang kian meningkat yang turut mengugat keselamatan serta keselesaan penumpang teksi.
Bertitik tolak daripada permasalahan itu, TR1Ma dilahirkan sebagai satu inisiatif menyeluruh bagi membantu pemandu teksi dan sekaligus menaikkan taraf perkhidmatan teksi di Malaysia. Program Bantuan Tayar 1 Malaysia untuk teksi (BT1M) merupakan program pertama yang dilancarkan di bawah TR1Ma. Antara program lain yang bakal dilancarkan di bawah TR1Ma termasuk insurans berkelompok serta khairat, duta teksi dan lain-lain lagi.
Secara ringkasnya program TR1Ma diharapkan bukan sahaja membaiki mutu perkhidmatan teksi, ia mampu meningkatkan persepsi dan keyakinan Rakyat terhadap perkhidmatan teksi.
Masalah yang timbul sekarang ialah nilai RM520 hanya sesuai untuk teksi jenis Proton Saga yang saiz tayarnya 175/70 /13, sebuah tayar sebelum ini dijual dalam lingkungan RM 120-130 tiba-tiba naik menjadi RM 145 sebuah.  Rujuk di sini untuk survey harga tayar di Malaysia

Dahulu Noh Omar omar pernah cuba untuk memberi skim bantuan beras dengan nilai RM 24 dan ketika itu harga sekampit beras 10 kg hanya RM 17- RM 20 sahaja, tetapi harga beras tiba-tiba naik mendadak menjadi RM 24 sekampit. Oleh itu bantuan tersebut terpaksa dibatalkan dan sebagai ganti, kerjaan terpaksa membuka kedai 1 Malaysia.

Nampaknya selepas ini kerajaan terpaksalah membuka kedai tayar 1 Malaysia untuk menghadapi masalah ketiadaan stok tayar dan masalah kenaikan harga yang melonjak naik secara tiba-tiba.

Sudah tentulah pemandu teksi akan merasa kecewa kerana harapan mereka untuk menikmati bantuan tayar lebur gara-gara disabotaj oleh kedai tayar.

Ini baru masalah tayar termurah, bagaimana pula dengan teksi dari jenama mercedes 240D ( model antik). teksi Toyota Crown, Datsun yang jenis besar dan menggunakan tayar jenis 205/50/15 atau yang lebih besar saiznya. 

Maka diharapkan hasil perbincangan SPAD hari ini akan dapat menyelesaikan semua masalah-,masalah yang timbul.