Jumaat, 20 Julai 2012

Parti Pas dah tukar jadi Parti Islam

Dalam ceramah-ceramah di masjid, surau dan pentas politik tok-tok guru Pas hari ini secara senyap-senyap telah membuang perkataan Pas dan menggunakan perkataan ISLAM. Ia adalah propaganda secara halus dalam usaha menyakinkan umat Islam untuk menyokong mereka.

Di Masjid Kampung Expo Kamunting, ceramah politik kerap diadakan dalam kuliah magrib dan sudah banyak kali penceramah mereka berbuat demikian.

Contoh, " Marilah kita mempertahankan Islam, berjihad untuk Islam, Allah akan bersama-sama dengan pejuang Islam ", tak sebut langsung sepatah atau sekali pun nama Pas, begitu halus dan mulusnya mulut orang Pas sekarang.

Lihat gelagat budak yang memegang kad manila di atas semasa demo GMI di Batu 4 Kamunting Ahad lalu bertulis " ISLAM MENOLAK ISA" . Ini wahyu baru Nik Abduh agaknya. Nik Abduh Nik Aziz sudah boleh menyamakan dirinya dengan taraf nabi kerana boleh menerima wahyu.

Terbaru ialah Allah menyeru agar Islam menguasai Putrajaya. Islam tu Pas lah.....sekarang rakyat Malaysia lihat lah sendiri betapa sesatnya Pas dalam mempergunakan nama Islam dan perjuangan mereka.

Pada hal Pas bukan lah semuanya penganut agama Islam, ramai di dalam Pas adalah syiah, kawarij, ahzab dan lain-lain mazhab yang hanya bertopengkan Islam