Jumaat, 6 Julai 2012

Persiaran Surian Nazak


Petikan ini diambil dari Forum Utusan Malaysia. TM sememangnya menyokong tulisan penduduk resah dari Subabg Perdana.
sesak 

Pada awal tahun 2000 kawasan ini semenangnya aman dan tenang, jauh dari hiruk pikok kota raya. Namun  ketenangan tidak bertahan lama, kawasan tersebut telah dibangunkan zaman kerajaan Khir Toyo lagi dan ia merupakan kawasan pembangunan antarabangsa.

Di bawah pemerintahan pembangkang keadaan jalan raya langsung tidak dipedulikan. Keluar saja dari toll Kota Damansara jalan pintas menuju ke Persiaran Surian jalan sudah banyak yang rosak dan tidak pernah dibaiki oleh kerajaan negeri, malah pernah sebuah kereta yang bocor tayarnya kerana terjatuh ke dalam lubang.

Kerajaan negeri berbangga kerana berjaya mengumpul cukai yang tinggi sebaliknya kebajikan rakyat tidak diambil peduli.
Seksanya melalui Persiaran Surian yang 'nazak'PENDUDUK RESAHSubang PerdanaMELIHAT kepada senario kesesakan Persiaran Surian, saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca bagi membuktikan betapa kritikalnya keadaan trafik Persiaran Surian dan kawasan berhampiran.Tinggal di Subang Perdana dan bertugas di firma undang-undang di Damansara Utama, saya membeli rumah di Subang Perdana awal tahun 2000 berikutan lokasinya berhampiran dengan tempat kerja saya.Bermula saat itulah saya menjadi pengguna tegar Persiaran Surian. Boleh dikatakan sebagai saksi kemajuan melampau Kota Damansara dan kawasan berhampiran yang dahulunya adalah estet kelapa sawit, getah dan hutan simpan yang didiami oleh kaum Orang Asli.Masih terbayang betapa lancarnya perjalanan saya dari rumah ke Damansara Utama menerusi Persiaran Surian, sesekali dipotong atau disaingi lori membawa kelapa sawit atau kenderaan membawa pekerja. Selain itu aktiviti kumpulan Orang Asli yang memburu atau mencari hasil hutan juga mudah didapati.Dengan jarak di antara kediaman dan pejabat hanya 15 kilometer (km) perjalanan ketika itu mengambil masa 18 minit sahaja. Itu pun kelajuan hanya 90 km sejam yang boleh dianggap cukup sederhana.Ketika itu saya tidak perlu tergopoh-gapah untuk keluar rumah dan masih mampu bersarapan dengan ahli keluarga atau sempat membaca surat khabar. Masa berkeluarga amat banyak dan berkualiti. Saya hanya perlu keluar rumah pada pukul 8.30 pagi kerana waktu punch in saya adalah pukul 9 pagi.Namun itu kisah seronok saya tujuh atau lapan tahun dahulu ketika itu Kota Damansara tidak disimbah arus pembangunan yang besar. Kini perjalanan saya masih kekal di dalam radius yang sama tetapi dibezakan dengan masa perjalanan tiga kali ganda lamanya.Kini saya perlu keluar rumah seawal 7 pagi bagi mengelakkan kesesakan di Persiaran Surian yang boleh diklasifikasikan melampau dengan jarak perjalanan yang pendek. Cuba pembaca bayangkan pembangunan kawasan Kota Damansara begitu drastik. Pada awal tahun 2000 kawasan tersebut adalah estet kelapa sawit dan getah tetapi kini berubah wajah menjadi kawasan kediaman, perindustrian pendidikan, pusat komersial dan pentadbiran.Kota Damansara yang luasnya hanya 16 km kini telah 'disantak' dengan pelbagai bentuk industri yang melengkapi arus pembangunan sedia ada. Dengan jumlah penduduk hampir sejuta, pembukaan kawasan komersial dan kediaman mewah meningkat hari demi hari. Kini ia dikeruhkan lagi dengan keluar masuk penduduk dari daerah lain untuk bertugas atau menggunakan tawaran fasiliti yang sedia ada. Kawasan Kota Damansara kini sangat 'kelam-kabut'.Kawasan kediaman kos rendah sehingga kawasan kediaman elit seperti Mutiara Damansara, Mutiara Homes, Casa Indah, Sunway Parkville, Palm Spring, Pelangi Damansara The Club dan ribuan lagi unit rumah berada di pinggiran Persiaran Surian. Kawasan kediaman ini diselang-seli dengan kawasan komersial seperti The Curve, Sunway Giza, The Strand dan kawasan komersial PJU5 yang menjadi tumpuan ribuan penduduk tempatan dan luar setiap waktu.Untuk menampung arus pembangunan ini yang dianggap sebagai simbol kemajuan negara, Kota Damansara kini hanya bertulang belakang Persiaran Surian sahaja. Laluan sepanjang sembilan kilometer ini merupakan laluan utama yang menghubungkan kawasan Kota Damansara ke LDP, NKVE dan Jalan Sungai Buloh atau sebaliknya.Menerusi laluan ini akan menyuraikan trafik persiaran Mahogani, Persiaran Kenanga, Jalan Teknologi dan Persiaran Damansara Indah ke kawasan berhampiran.Kesibukan Persiaran Surian berada pada tahap 'nazak'. Persiaran Surian adalah satu-satunya pilihan yang ada bagi penduduk di bahagian barat seperti Denai Alam, Bandar Pinggiran Subang, Subang Perdana, Kampung Melayu Perdana, Subang Impian dan beberapa kawasan lain untuk ke tempat kerja (bagi yang bekerja di Kota Damansara), Damansara Utama, Sungai Penchala Taman Tun Dr Ismail serta kawasan berhampiran atau sebaliknya.'Perkongsian' penduduk tempatan dengan penduduk luar bagi menggunakan prasarana sedia ada di kawasan Kota Damansara dan kawasan berhampiran telah menjadikan Persiaran Surian sangat 'azab' pada waktu puncak.Membina MRT dilihat sebagai cadangan bijak yang dapat membantu masalah trafik namun tidak menyeluruh bagi memastikan keadaan trafik di Kota Damansara dan khususnya Persiaran Surian.Justifikasinya adalah tidak semua kawasan dilalui oleh MRT. Bagi kami di kawasan sekitar Subang memohon alternatif diberikan seperti pelebaran Persiaran Surian ataupun pembinaan jalan lain.Pihak berkuasa seperti MBPJ mahupun JKR disaran turun padang melihat apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Jom tukarkan kerajaan penyamun rakyat kepada kerajaan BN dalam PRU 13.