Khamis, 23 Ogos 2012

First Class Equipment,Third Class Mentality...(Kementerian Kesihatan Lembab)

Petikan dari Paneh Miang: Sila kongsi cerita ini.

Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, walillaahil – hamd.


Alhamdulillah umat Islam di Malaysia telah selamat menunaikan ibadah puasa selama sebulan, dan hari ini kita semua meraikan ketibaan Syawal. Meriah, gembira ,tawa, syukur itu semua tergambar dalam wajah setiap insan hari ni.


Aku dan isteri baru balik dari melawat keluarga sahabat yang baru menerima kehadiran cahayamata 5.30 pagi tadi.Tahniah sekali lagi diucapkan kepada beliau kerana double bonus pada tahun ini; bonus raya dan dah selamat jadi bapak.


Walaubagaimanapun, bayi mereka masih ditahan di wad kerana menghadapi masalah pernafasan disebabkan lemas semasa proses kelahiran.


Jadi, inilah sebenarnya fokus penulisan aku pada hari ini. Bayi yang menghadapi masalah pernafasan bukanlah disebabkan masalah kesihatan semulajadinya, tetapi berpunca daripada kesilapan dan kecuaian para jururawat yang bertugas di wad 9 (wad Anggerik) di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.


Manakan tidak, isteri beliau yang berada di dalam wad kelas satu (First Class Equipment) kononnyalah, di salah sebuah hospital terbesar di Negeri Sembilan, telah dinafikan haknya untuk mendapat pemeriksaan doktor walaupun telah berkali-kali menerima kontraksi/tanda-tanda untuk bersalin sejak jam 2.30 pagi, sehinggalah beliau sendiri yang terpaksa pergi bertemu doktor yang secara kebetulan hadir sesudah had bukaannya mencecah 9cm pada jam 5 pagi.


Antara alasan-alasan yang diberikan oleh para jururawat yang bertugas untuk menidakkan peluang beliau diperiksa oleh doktor ialah:


1- Lambat lagi nak bersalin, tidurlah dulu dah pagi nanti baru doktor check.
2-Kakitangan yang bertugas tak ramai sebab ramai yang bercuti raya.
3.Doktor takde ni...


Paling memalukan apabila jururawat-jururawat ini tidur beramai-ramai siap dengan selimut dan bantal semasa waktu bertugas.


Sebagai anak jati Negeri Sembilan aku sangat malu dengan perangai dan sikap bangang tahap cipan yang ditunjukkan oleh jururawat-jururawat di Pra-Natal Ward 9 Anggerik di Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Aku cuba nak faham, mereka semua bertugas pada shift malam, waktu raya pulak tu, tapi kalau nak tidur tu tidurlah secara bergilir-gilir. Jangan pulak tunjuk mentaliti kelas 3 yang secara tak langsung menggambarkan keburukan warga kerja Kementerian Kesihatan keseluruhannya. Kemon laa, lu berhadapan dengan nyawa manusia, bukannya nyawa itik atau ayam.


Sungguhpun perkhidmatan yang diberikan adalah kepada masyarakat Kuala Pilah yang dianggap kekampungan (terdapat banyak kampung tradisi di daerah ini) tetapi faedah yang diperolehi adalah ganjaran dari segi bonus dan kenaikan gaji selain pandangan yang positif terhadap Hospital Tuanku Ampuan Najihah khususnya dan Kementerian Kesihatan amnya. Lu fikirlah sendiri.