Ahad, 23 September 2012

Lokman Noor Adam Dipecat Kerana Pertikai Dana Soros



AIDCNews – 22/09/12 – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti Keadilan Nasional, Lokman Noor Adam mendedahkan salah satu sebab beliau dipecat daripada parti itu pada tahun 2004 kerana mempertikaikan dana penyangak mata wang Yahudi, George Soros.
“Pada bulan Februari 2004, saya telah membuat pendedahan berhubung penyelewengan dana yang diterima oleh pemimpin-pemimpin kanan Parti Keadilan. Pada masa itu juga saya telah mendedahkan bagaimana Tian Chua yang merupakan Pengarah SUARAM ketika itu telah mengaturkan pertemuan di antara George Soros dengan Presiden Keadilan, Datin Seri Wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan wakil Tian Chua, iaitu Elizabeth Wong pada penghujung tahun 2003.
“Saya telah mempertikaikan bagaimana Presiden parti tersebut boleh memohon dana daripada seorang berbangsa Yahudi yang telah memanipulasikan mata wang Malaysia pada tahun 1997 tanpa merujuk Majlis Pimpinan Tertinggi terlebih dahulu,” ujarnya yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Beliau berkata begitu ketika mengulas pendedahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini berhubung penerimaan dana asing oleh syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) yang membiayai Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).
Pada 23 Februari 2004, AIDC telah menemu bual Lokman di sebuah hotel di sekitar Lembah Klang untuk merakamkan pendedahannya tentang dana asing yang disalurkan terhadap PKR.
Lokman mendedahkan pertemuan Wan Azizah, Azmin, Khalid dan wakil Tian Chua dengan Soros di Amerika Syarikat pada tahun 2003.
Pertemuan itu diatur oleh Tian Chua, wakil Soros di Malaysia.
Kes pertemuan itu bocor apabila berlaku pergaduhan di antara wakil Tian Chua (disebut sebagai kekasih Tian Chua) dengan Azmin Ali.
“Azmin tidak benarkan wakil Tian Chua terlibat sama kerana tidak mahu mempunyai saksi,” dedah Lokman
Selain itu, Lokman juga turut menunjukkan bukti resit-resit kemasukan dana asing ke dalam akaun badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar yang menggunakan akaun proksi syarikat Gelora Sdn Bhd.
Khalid Jaafar, Pengarah IKD yang juga bekas Setiausaha Akhbar Anwar adalah Ahli Lembaga Pengarah proksi tersebut.
Akaun syarikat proksi itu menggunakan perkhidmatan bank CITYBANK, NEW YORK, cawangan Kuala Lumpur.
Menurut Lokman, resit-resit itu diberikan oleh Azwandin Hamzah yang ketika itu masih berkerja dengan Khalid Jaafar di IKD dan juga Exco Keadilan pusat.
Lokman yang juga bekas bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan ditemui sejurus selepas beliau bersumpah di Masjid Negara yang menegaskan bahawa PKR menerima dana asing untuk menggerakkan partinya di Malaysia.