Selasa, 20 November 2012

Pas memurtadkan Umno

Seantero dunia sudah tahu bahawa Umno telah murtad. Kenyataan itu adalah dari lidah Pas iaitu Nik Aziz.

Orang Umno yang terselamat dari murtad hanya beberapa kerat sahaja. Antaranya ialah Tambrin Ghaffar Baba, Dato Kamaruddin Suhaimi dan beberapa ekor lagi.

Bagaimana pula Anwar Ibrahim dan Kadir Syeikh Fadzir, walaupun mereka sudah terkeluar dari Umno tetapi belum masuk Pas.

Anwar dengan PKR dan Kadiaq dengan Parti Bow Tienya. Anwar dan Kadiaq macam orang putihlah semua boleh, sapu sana, sapu sini. So kita tunggu pula kenyataan atau fatwa baru dari Nik Aziz.

Pas kata dia lebih Islam dan Umno bukan Islam, tak pa lah, dia nak kata apa pun. Dunia tahu siapa Nik Aziz tu. Dia dah tua, nyanyuk dah pun, dah tak boleh pakai.

Kerja dia maki orang saja lah. Tunggu saja, kita tengok bagaimana Nik Aziz nak mati. Taipingmali pernah lihat bagaimana seorang ahli Pas mati meragan kerana suka kafirkan Umno dan Tunku Abddul Rahman (allahyarham).

Beliau orang kuat Pas sejak 50an. Sebelum mati pada awal 90an dia jadi gila, tak solat, tak puasa, pukul isteri sehingga lari ke rumah anak-anak dan tinggallah si tua berseorangan tanpa anak-anak dan isteri.

Mujurlah ada cucu lelaki yang sanggup memberi makan dan minum setiap hari sampai dia mati.

Sungguh menyedihkan jika dahulu ayat quran hafal dimulut, jika berdoa pula panjang-panjang ayatnya. Tetapi dipenghujung hidupnya tak bersolat walaupun sanggup berjalan berbatu-batu. Siapa tegur alamat kena maki, sedih sungguh tengok, tak ada sapa pun sanggup menumpangnya naik kereta atau motosikal, akhirnya mati sorang-sorang di beranda rumah dia.

Itu lah balasan Allah kepada orang yang suka mengkafirkan orang. Tunggu saja balasan Allah kepada Nik Aziz.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.