Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

ARKIB : KISAH SEORANG ANAK DESA YANG MISKIN

02/12/2008



Ada seorang pelajar, bernama Baha (bukan nama sebenar) seorang budak kampung datang dari Utara. Mula-mala saya tak perasan, sebab tersorok celah-celah 200 pelajar lain. Hari demi hari bulan demi bulan saya mula mengingat nama semua pelajar . Baha budak kebanyakan. Sama seperti pelajar-pelajar lain. Dia tak berapa bijak. Markah tidak tinggi, sederhana sahaja.


Seorang pendiam, muka kampung, hitam berkilat, kaki penuh parut. Jarang –jarang bertemu dengan saya, mungkin dia takut, malu atau benci kepada saya. Saya pun kurang pasti..

Saya mula perasan Baha bila saya nampak budak laki pada kolar baju berlapis sapu tangan. Saya teringat semasa saya kecil dulu pun ada berbuat demikian. Bukan apa , tak mahu bagi kolar baju berdaki. Mula-mula saya nak tergelak. Tapi lama-lama saya mulai beri perhatian kepada si Baha ini.

Lama-lama saya juga banyak perasan sifat-sifat dan ketrampilan dia. Sah, saya pasti Baha hanya ada dua helai baju sahaja. Dalam seminggu itu dia ak…