RAFIZI MENGAPA DIAM? KAMU SAMA MACAM LEMBU!!
jejarikami | 10:11 |
Walaupun KHSB telah secara sukarela mengumumkan hasil siasatannya, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia serta SPRM bukan sahaja gagal untuk mengambil tindakan malah gagal untuk memainkan peranan bagi menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap Menteri Besar Businessman walaupun telah secara terangan menyalahgunakan kuasa dan menggunakan wang rakyat untuk selamatkan TALAM. Raja Idris dan Suhaimi Kamarazaman juga perlu bertanggungjawab dan disiasat secara menyeluruh supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.
Rakyat berhak tahu kenapa Khalid memberikan DISKAUN terhadap hutang Talam dan kenapa sehingga kini KHSB tidak menerima Geran yang dijanjikan. Bukan kah Geran tersebut hak KHSB dan ini bermakna ianya hak RAKYAT. Ia distruktur sebagai Geran untuk membolehkan Menteri Besar Businessman lari dari membayar cukai.
ASET-ASET TAHAP SAMPAH
Aset-aset sampah (TANAH) yang dikenalpasti untuk diambilalih dari Talam sebagai penyelesaian hutang ini sebenarnya mempunyai nilai 50% LEBIH RENDAH daripada nilai yang dipersetujui oleh Menteri Besar Businessman semasa transaksi penyelesaian hutang ini.
Menteri Besar Businessman ni tak tahu berunding kah? Atau buat-buat tak tahu atau diperangkap oleh “rakan-rakan” dalam Kerajaan?
Paling mengejutkan tanah tersebut telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri kerana ia adalah kawasan hijau. Menteri Besar Businessman nampaknya menggunakan asset Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan hutang Talam bagi pihak Talam (Kerajaan Selangor untuk Rakyat Selangor bukan untuk entiti kapitalis seperti Talam)
Dengan perkataan lain, Menteri Besar Businessman akan menjual aset negeri Selangor kepada anak syarikat untuk menyelesaikan hutang-hutang peniaga-peniaga Cina DAP yang lain. Adakah dengan cara ini juga hutang Menteri Besar Businessman dengan Bank Islam juga dapat diselesaikan?
Semua asset yang dipindahmilik ini adalah aset yang tidak laku dan tiada nilai untuk dibangunkan. Contohnya tanah 12 ekar di Bukit Jalil yang telah diserahkan semula oleh Talam kepada Kerajaan Selangor sebagai kawasan hijau telah diambil alih dengan nilai RM12 juta sedangkan semasa transaksi Talam dengan Kerajaan Negeri dulu nilainya adalah RM400,000 seekar atau dengan jumlah RM4.8 juta sahaja. Mengapa nilai tersebut boleh meningkat sehingga RM12 juta?
Menteri Besar Businessman ini secara terang-terangan telah menipu rakyat dan menganggap dirinya sebagai above the law. Oh ya apa ada hal menipu kerana syurga yang dijanjikan PAS sedang menunggu. Apa yang menghairankan pihak berkuasa masih gagal mengambil tindakan walaupun mempunyai bukti jelas telah didedahkan oleh anak syarikat sendiri.Bersambung,,,,