Ahad, 24 Mac 2013

KERAJAAN PAS KELANTAN, KEJAM DAN ZALIM

Ekoran terlalu lama memendam rasa, akhirnya semakin ramai rakyat Kelantan yang mula sedar dan bangkit menyatakan bantahan terhadap kerajaan negeri pimpinan Pas.

Terbaru seramai 300 orang rakyat Gua Musang melakukan protes terhadap tindakan kerajaan negeri yang merampas tanah yang telah lama di usahakan mereka kepada syarikat swasta.

Walaupun telah mengusahakan tanah tersebut sejak 30 tahun lalu, ia tidak menghalang kerajaan pimpinan Nik Aziz yang dianggap ‘ulama’ bertindak kejam dengan merampas tanah mereka sekaligus menafikan hak penduduk Kampung Sungai Badong di Kuala Betis.

Tanah seluas kira-kira 378.8 hektar itu telah diusahakan oleh penduduk kampung dengan pelbagai tanaman seperti getah, kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Malah permohonan yang dibuat bagi mendapatkan hak milik sebelum ini, dikatakan telah mendapat persetujuan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sehingga ada penduduk yang telah menjelaskan bayaran premiumnya 10 tahun lalu.

Menurut penduduk kampung itu lagi, kerajaan Ulama Pas Kelantan, melalui Pejabat Tanah dan Galian jajahan Gua Musang dikatakan meluluskan permohonan tanah itu kepada dua buah syarikat sekitar November tahun lepas dan telah mengeluarkan geran pada 28 Januari lalu.

Nampak gayanya, jubah dan serban yang digunakan pimpinan Pas yang kononnya diterajui oleh ‘ulama’ tidak menghalang mereka dari bersikap kejam dan zalim. Apakah ini ciri-ciri Islam yang ingin diterapkan oleh Pas di negeri yang terkenal dengan gelaran serambi Mekah itu?

Yang menjadi persoalanya ialah, bagai manakah kerajaan negeri tergamak untuk menganiaya rakyat Kelantan dengan menyerahkan hak milik tanah tersebut kepada syarikat asing?

Sedangkan mengikut logik akal mereka yang telah lama memohon malah telah membayar premium dengan lebih awal wajar dipertimbangkan terlebih dahulu. Atau apakah ini merupakan satu bukti kerajaan Pas Kelantan lebih mengutamakan keuntungan dari melihat dan merasai denyut nadi rakyat miskin???

Kalau itulah pendekatan yang diguna pakai, maka dakwaan yang mengatakan Kelantan di pimpin oleh ulama adalah salah. Sebenarnya rakyat Kelantan telah dipimpin oleh ‘Ular Dalam Semak’ yang hanya menunggu dan ketika yang sesuai untuk mengigit dan menindas rakyat.

 Lebih menyedihkan, apabila menteri besar yang menganggap Anwar Ibrahim sebagai idola ini, pernah mengatakan setiap mata cangkul tanah yang diusahakan adalah hak mereka dan akan diberi hak milik sebagai jaminan masa depan.

 Episod sedih yang melanda penduduk ini boleh dikatakan selari dengan perumpamaan Melayu ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’.

Walaupun ada yang bersikap sinikal dengan mengatakan “Padey doh mung keno, undi lah Tok Guru tuh pah ceroh” namun ia seharusnya dijadikan pengajaran buat rakyat Kelantan secara keseluruhannya. Malah menurut maklumat yang diterima, sekitar pertengahan tahun 1960 -1970, kerajaan ‘Tok Guru’ pernah memajakkan tanah seluas 300,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat Singapura.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan Pas Kelantan sebelum ini juga dikatakan sanggup menyerahkan pajakan sehingga tahun 2092 untuk tanah seluas 10,000 ekar kepada pimpinan DAP, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min.

Kesimpulannya, rakyat Kelantan perlu membuka mata dan hati dengan seluas-luasnya untuk menilai semula sokongan yang pernah diberikan kepada Pas yang jelas mengunakan Islam sebagai modal untuk menipu rakyat di negeri Che Siti Wan Kembang itu. Buat rakyat Kelantan – Bo La Weiiii!!!