Taib Mahmud ,Maria Carlos, Musa Hitam. Wong Soon Kai dan isteri |
Semasa krisis Memali Musa Hitam menjadi Menteri KDN dan beliau dipersalahkan kerana cuba mensabotaj Tun Mahathir yang bercuti diluar negara ketika itu.
Konflik Mahathir dan Musa Hitam mula menjadi retak mencari belah. Akhirnya Musa meletakkan jawatan setelah berkonfrantasi dengan Mahathir.
Musa terus menyertai team Ku Li untuk menjatuhkan Mahathir dan anak emas Mahathir iaitu Anwar Ibrahim. Akibat daripada ketidak puasan hati team B yang kalah, Ku Li telah membawa kes ke mahkamah. Akibatnya 1987 Mahkamah mengisytikarkan Umno haram kerana membawa masuk ahli ke persidangan secara tidak sah. Salah siapa? Jawapannya ialah Anwar Ibrahim dan kroninya. Anwar yang licik berjaya mengalahkan team B yang cuba menjatuhkan beliau dan Tun Mahathir.
Berbalik kepada Musa Hitam yang ketika itu menyokong team B terus gagal dalam politik dan yang naik ialah Tun Ghafar (guru) pun begitu Anwar pula cuba membunuh Cikgu Ghafar dan berjaya melakukanya dengan bantuan media masa yang dikuasai oleh Anwar. Semua surat khabar melayu dan cina menyokong Anwar dan mengaibkan Ghafar.
Taipingmali masih ingat, tag line yang digunakan oleh sebuah akhbar " Jadi TPM bukan susah, sains saja semua kerja dibuat oleh PM" sambil menunjukkan gambar Ghafar duduk atas kerusi berselang tangan. Kempen Anwar digunakan sehingga sekarang.
Demikianlah betapa jijiknya Anwar yang berjaya menggunakan media cetak dan televisyen untuk membantu beliau mengalahkan Ghafar pada tahun 1993.
Agaknya kalau tempat Ghafar masih dipegang oleh Musa Hitam, apakah jenis dan strategi yang digunakan Anwar untuk membunuh Musa Hitam?
Ramai orang berkata Musa Hitam berkahwin dengan agen Barat iaitu Maria Carlos yang berasal dari Peru. Benar atau tidak tak pasti, tetapi kenapa mereka bercerai setelah Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai TPM?
Setelah bersara dari politik Musa Hitam terus aktif dalam badan-badan lain dan terakhir ialah Sime Darby, Cuma kenyataan beliau akhir-akhir ini seolah-olah beliau menyokong tindakan Anwar Ibrahim. Apakah Musa Hitam 78 tahun ingin kembali ke kabinet sebagai menteri kerajaan Anwar? Lihat dan baca petikan di bawah.
Sinar Harian |