Selasa, 21 Mei 2013

KERANA ARTIKEL INI, DUA AHLI UMNO TAIPING DIHADAPKAN KE LEMBAGA DISIPLIN PARTI UMNO PUSAT

Selasa, 23 April 2013

PRU13: Panas..!!! Ust Mohd Fakharudin Calon PAS N16 dapat Sokongan Mantan SU UMNO Taiping

24 April : Kemunting Taiping -- Perjumpaan atas persetujuan kedua-dua belah pihak diantara Ust Mohd Fakharudin dan 2 orang kuat UMNO Taiping telah berlangsung di sebuah kedai makan disini.

Perjumpaan santai sambil sarapan pagi yang penuh bermakna ini sebenarnya adalah bagi menyatakan sokongan dua individu yang boleh dianggap "orang kuat" didalam UMNO BN Taiping kepada Ust Mohd Fakharudin sebagai calon PAS bagi N16 DUN Kemunting.



Cikgu Yusuf

Yusuf b. Yunus (68) lebih mesra dipanggil Cikgu Yusuf adalah orang lama didalam UMNO Bahagian Taiping, menceburi dunia politik bersama UMNO sejak 1970.

cikgu Yusuf pernah menjawat beberapa jawatan penting sebelum ini,antara jawatan yang pernah disandangnya ialah Ketua Cawangan UMNO Bukit Jana selama 21 tahun, Setiausaha UMNO Bahagian Taiping selama 3 tahun dan beberapa jawatan serta tugas penting lain didalam politik bersama UMNO.

Dalam sessi perjumpaan hari ini cikgu Yusuf meluahkan rasa tidak puas hati terhadap UMNO Bahagian Taiping yang selama ini hanya mementingkan kroni dalam semua aspek.

"Saya amat kecewa dengan Dato Zahir dan Datuk Shalimin (K/B UMNO Taiping) kerana mementingkan kroni didalam apa juga tindakan,sehinggakan saya yang masih didalam UMNO pun di anggap musuh kerana dituduh berpihak kepada seseorang yang dianggap mengugat kedudukan mereka. "mereka berdua tuduh saya orang kuat Datuk Malik,sedangkan Datuk Malik pun ahli UMNO juga"- Ujar Cikgu Yusuf.

Ketika ditanya mengenai calon PAS bagi DUN Kemunting Cikgu Yusuf berkata beliau amat mengenali keterampilan Ust Fakharudin sejak sekian lama dan beliau wajar diberi peluang.

Bagaimanapun tentang sokongan terhadap calon PAS di DUN Kemunting pada PRU13 ini,Cikgu Yusuf hanya menjawap ringkas "Undi itu rahsia, tapi fikir sendirilah kenapa saya tampil bersama calon PAS hari ini".


Jaffry

Individu kedua yang juga tampil bersama dalam perjumpaan ini ialah Sdr Jeffry b. Rejab (41) yang pernah memegang jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Taiping dan pernah menjawat jawatan Setiausaha Cawangan UMNO kampung Jambu.

Sdr Jeffry banyak mendedahkan kepincangan dalaman yang sedang berlaku didalam UMNO Taiping khususnya UMNO Kemunting.

" Golongan berumur 40 tahun ke atas,golongan muda dan masyarakat cina kebanyakan sudah lari dalam diam dari UMNO BN,"dan saya yakin di masa hadapan UMNO akan kehilangan pimpinan,kerana tiada pelapis untuk dinaikkan sebagai pemimpin didalam UMNO sekarang".

"Dalam UMNO kebanyakan golongan muda yang nampak ada sifat ketokohan sebagai pemimpin akan terus di cantas oleh mereka yang ada kuasa hari ini kerana takut tergugat"- Sdr Jeffry.



Dalam pada itu Ust Mohd Fakharudin menyambut baik sokongan dari kedua-dua orang kuat UMNO Taiping. "Kita dalam dalam Pakatan Rakyat khususnya PAS mengamalkan sikap keterbukaan dalam sokongan politik dan saling hormat menghormati,walaupun cikgu Yusuf dahulunya menyokong kuat perjuangan UMNO dan kini nampak menyokong kepada kita, saya sejak dahulu menghormati beliau dan tidak pernah mengangapnya dari sudut negatif hinggalah sekarang"- Ujar Ust Mohd Fakharudin.

PRU13 bagi DUN N16 Kemunting menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Ust Mohd Fakharudin b. Abd Aziz (PAS) dan Dato' Zahir (BN).



Sarapan pagi: Calon PAS bersama Mantan SU UMNO Bahagian dan SU Penerangan Pemuda UMNO Taiping



Mesra: Cikgu Yusuf dan Jeffry bersama Ust Mohd Fakharudin

Artikel ini ditemui dari sebuah blog pembangkang.

TM akan terjah mereka untuk mendapatkan maklumat terbaru dari mereka berdua.



BACA JUGA LINK DI BAWAH