Isnin, 13 Mei 2013

MAHFUZ OMAR MELOMPAT GEMBIRA KERANA STRATEGI MENJATUHKAN 5 PEGAWAI NAJIB BERJAYA.

Kita biasa mendengar dari dahulu lagi, perdana menteri akan meletakkan beberapa pegawai khas, setiausaha dan lain-lain pegawai untuk turun bertanding di kerusi parlimen atau kerusi Dun dan ramai yang menang. contohnya ialah mantan menteri besar Kedah Mahadhir Khalid merupakan pegawai khas Pak Lah.

Itu dahulu, tetapi sekarang tak boleh pakai lagi, cubaan perdana menteri meletakkan 5 pegawainya untuk bertanding kali ini mendapat tentangan hebat.

Orang yang pertama menentang agenda ini ialah Mahfuz Omar, dan hujahnya mempengaruhi orang-orang BN sendiri. Nah! akibat ayat-ayat Mahfuz Omar, kelima-lima mereka kecundang.



KENYATAAN MAHFUZ DALAM HARAKAH

Langkah Datuk Najib Tun Razak mencalonkan lima orang pegawainya terdekatnya bertanding dalam PRU 13 ini memberi petanda bahawa Pengerusi BN itu tidak yakin partinya akan kekal memerintah negara selepas ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib memberi laluan kepada lima pegawai di pejabatnya itu supaya mereka membawa haluan masing-masing selepas ini.

"Saya percaya tindakan ini adalah kerana Najib tidak yakin dia akan jadi Perdana Menteri selepas PRU, sama ada BN kalah atau BN tidak mendapat 2/3 majoriti," katanya kepada Harakahdaily.

Mahfuz membayangkan Najib mengambil langkah awal ini kerana kelima-lima pegawainya mungkin tidak ada tempat di pejabatnya selepas ini.

"Aku pilih kamu jadi calon, untung nasib kamu lah. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kamu pandai-pandai lah bawa diri, aku tidak mampu jadi PM," ujar Mahfuz sinis.

Dalam PRU kali ini, Najib mencalonkan empat setiausaha politiknya iaitu Datuk Mohd Fatmi Salleh di parlimen Kota Baru, Datuk Sahlan Ismail (Pokok Sena), Datuk Mohd Suffian Awang (Kuantan) dan Datuk Mohd Shafie Abdullah (Wangsa Maju), manakala seorang lagi Pegawai Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri Datuk Latt Shahriman yang bertanding di kerusi Dun Kubang Rotan, Kedah.

Mohd Fatmi yang juga ketua Umno bahagian Kota Baru bertanding untuk kali kedua setelah kalah pada 2008.

Manakala, Mohd Shafie, Sahlan, Mohd Suffian dan Latt Shahriman membuat percubaan yang pertama.

Dalam pada itu, pencalonan kesemua mereka juga didakwa turut menimbulkan kekecohan dalam Umno.

Ini kerana kerusi-kerusi tersebut secara tradisinya untuk pemimpin Umno tempatan tetapi mereka terpaksa beralah untuk calon pilihan Najib tersebut.

================================================================

5 Pegawai Najib jadi Calon, Singkir 5 Orang Lama UMNO/MCA
Posted on Tuesday, April 30 @ 09:08:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh WTKO



Dalam PRU kali ini, Najib mencalonkan empat setiausaha politiknya iaitu Datuk Mohd Fatmi Salleh di parlimen Kota Baru, Datuk Shahlan Ismail (Pokok Sena), Datuk Mohd Suffian Awang (Kuantan) dan Datuk Mohd Shafie Abdullah (Wangsa Maju), manakala seorang lagi Pegawai Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri Datuk Latt Shahriman yang bertanding di kerusi Dun Kubang Rotan, Kedah.


Ada yang menyebut Najib cuba untuk memperluaskan kuasanya dalam parti dan juga kerajaan jika BN kekal berkuasa nanti. Maklumat ini menyebut Najib akan menyingkir secara bebesaran selepas PRU13 sebelum permilihan UMNO nanti bagi mengukuhkan kedudukannya dalam UMNO dan Kerajaan.

Oleh itu orang kuatnya mesti ada di Bahagian UMNO serta mereka juga adalah wakil rakyat yang membolehkan perlantikkan dalam kabinat nanti.

Cara Najib menyingkirkan orang lama untuk menjadi calon sangat dramatik.

Di kerusi parlimen Kota Bharu beberapa pemimpin Umno yang disebut-sebut sebagai calon akhirnya dilihati tidak lagi aktif menggerakkan markas Umno terutamanya Dun Bunut Payong atas desakan bahawa Datuk Mohd Fatmi Salleh akan kekal sebagai calon Parlimen kota Bahru.

Manakala Datuk Shahlan Ismail (SU Politik Najib) menyingkirkan Datuk Said Ali Rastan yang menyebabkan pergolakan sehingga beberapa markaz tidak aktif. Said Ali bagaimana pun diberikan amaran, sehingga maklumat terakhir kami perolehi sudah turun menjengok bilik gerakan (baca di sini).

Datuk Mohd Shafie Abdullah (Wangsa Maju) pula menyebab perbalahan besar dengan MCA. Yang penting Najib nak orangnya berada di sana.



Menurut maklumat kami terakhir Wangsa Maju, MCA akan membuat undi Protes.

Di Kuantan, Mohamed Suffian yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri menjadi masalah kerana telah menyingkir beberapa orang tokoh tempatan UMNO di situ. Selain bermasalah dengan MCA yang banyak kali menuntut kerusi Parlimen Kuantan.

Manakala Pegawai Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri Datuk Latt Shahriman bertanding di kerusi Dun Kubang Rotan. Mengikut maklumat cara Datuk Latt tidak disenangi dan dipercayai terlibat membuat fitnah kepada YB Adun PAS Kubang Rotan Nasir Mustafa sehingga Mahkamah Tinggi Alor Setar telah mengarahkan RTM & Dua Ahli Umno Membayar RM120 Kepada Adun Pas Kubang Rotan,YB Nasir Mustafa & Kos RM30 Ribu Kerana Memfitnah Beliau !!

HIDUP NAJIB, HIDUP UMNO, HIDUP KRONI... MAMPUS RAKYAT!!!