Midah yang juga Exco Pelancongan Perak sering kali menjadi punching bag oleh musuh-musuh politik dalaman maksudnya di kalangan orang Umno sendiri. Segala usaha beliau dalam program melawat Perak 2012 dianggap gagal.
Midah juga sangat dibenci oleh adun-adun Dap dalam isu tanah di Kelantan yang diberikan kepada pemimpin Dap sebagai galang ganti pelantikan Nizar Jamaludin sebagai MB Perak ke 10.
Dalam kempen baru-baru ini ahli-ahli Dap dari Pulau Pinang telah dikesan berada di Sungai Rapat dalam jumlah yang besar semata-mata untuk mengalahkan Midah.
Bagi Dap, Pakatan kalah di Perak tidak menjadi masalah tetapi Midah mesti dibunuh agar suara lantangnya tidak didengar lagi di dalam dewan undangan negeri.
Dap juga telah dikesan memindahkan ramai pengundi dan mendaftar pengundi baru keturunan cina untuk menawan Dun Sg Rapat. Jumlah pengundi keturunan cina pada 2008 ialah 7 ribu orang dan 2013 jumlah meningkat kepada lebih dari 13 ribu.
Faktor kekalahan lain ialah faktor dalaman. Ketua Umno Gopeng sendiri tidak berpuas hati dengan calon dan video rakaman penentangan telah disiarkan dalam facebook oleh calon bebas yang bertanding di sungai Rapat.( maaf video tersebut sudah pun dialih keluar oleh penerbitnya). Ada cerita yang diterima ada usaha dalaman parti yang cuba memboikot calon Mengikut sumber sekiranya 1200 ahli Umno tidak keluar mengundi bermakna Midah akan kalah.
Seterusnya ialah faktor calon bebas. Calon bebas merupakan seorang jurugambar yang bekerja dengan Peraknews sebuah portal yang di kendalikan oleh setiausaha akhbar menteri besar Perak. Calon bebas juga bekerja dengan PORT yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri untuk karyawan Perak berkumpul dan beriadah. Calon bebas ini dilihat sering mengkritik Exco pelancongan dalam facebook dan juga sesekali dilihat bersama dengan Mat Saman Kati dalam isu pencerobohan tanah di Bukit Merah dan isu penyu di Segari.
Tiba-tiba melepaskan jawatan dan bertanding sebagai calon bebas, calon bebas semestinya ditaja oleh seseorang kerana jika dilihat dari dekat beliau memang tidak berduit apa lagi nak membazirkan wang untuk kempen, banner, wang deposit yang semestinya akan hilang, tetapi memandangkan beliau sebagai stool pigeon untuk mengurangkan undi calon BN beliau menerima pelawaan untuk menjadi calon bebas.
Calon juga sanggup menanggung risiko kehilangan punca pendapatan selepas berhenti kerja dari peraknews dan PORT dan sudah tentu ada tangan-tangan yang bersedia untuk menanggung kos tersebut , hari ini calon bebas didapati sudah pun mendaftar perniagaan beliau dengan SSM.
Isu calon bebas begitu hangat, bukan sahaja di negeri ini, malah di negeri lain juga. cuma ada yang tidak sanggup mengkhianat parti dan ada juga yang menerimanya kerana wang.