Khamis, 9 Mei 2013

PAS TAKUT UNTUK MENERIMA KERUSI MENTERI BESAR SELANGOR

lebih baik aku tidur

Hadi Awang mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Hadi Awang berkata walaupun PKR hanya menang 14 kerusi Dun berbanding Pas dan DAP (masing-masing 15 kerusi), Pas membuat keputusan Khalid harus terus menjadi Menteri Besar Selangor.

“Saya dah berbincang dengan Pas Selangor supaya Menteri Besar dari PKR dikekalkan di Selangor.

“Kita mahu tunjukkan bahawa pakatan rakyat boleh memerintah negeri secara kolektif,” katanya ketika berucap dalam ceramah perdana di Rusila semalam.

Keputusan Pas melalui Hadi Awang mungkin merujuk kepada isu menteri besar Perak yang ke 10 iaitu Nizar Jamaludin. Pas tidak mahu menanggung risiko sekali lagi sehingga terpaksa kehilangan tanah di Kelantan sebagai ganjaran untuk jawatan MB.

Kedua ialah menunjukkan bahawa wakil rakyat Pas tidak mempunyai keupayaan untuk mentadbir sebuah negeri yang besar.

Ketiga ialah Selangor masih lagi mempunyai hutang janji manifesto 2008 yang tidak tertunai hingga ke hari ini, oleh itu jika jawatan tersebut dipikul oleh Pas ia seolah-olah ibarat peribahasa melayu " Tiada beban, batu di galas" , jadi biarlah segala risiko dan beban kekal di atas bahu Pkr.

Pas juga tidak perlu memikirkan masalah air yang semakin meruncing antara kerajaan Selangor dengan syarikat pengeluar air  Syabas. 

Selain itu , Pas juga dilihat takut untuk mengambil tindakan terhadap rumah urut , rumah maksiat, disko, premis jualan arak dan yang paling besar sekali ialah isu kilang arak Carlsberg. Dahulu Pas pernah berkata " Hari ini kita menang, esok sebelum ayam berkokok kita akan tutup kilang arak di Shah Alam".

Oleh kerana terlalu banyak bebanan yang bakal dipikul oleh Pas, maka wajarlah jawatan tersebut dikekalkan kepada Pkr.

Teringat lah cerita satu ketika dahulu, Umno menang besar di Pulau Pinang melebihi kerusi Gerakan, apabila atas dasar setiakawan Umno mengekalkan Tan Sri Koh Tsu Koon sebagai Ketua Menteri. Pas bukan main lagi mengutuk Umno sebagai bacul dan pengkhianat bangsa. Kini apa komen pecacai Pas di Selangor?

full stop