Isnin, 27 Mei 2013

PAS Perak menguntungkan DAP

Hanya dapat 5 Adun dan 2 MP
Pas Perak hanya menang tipis dengan mengekalkan kerusi Selinsing dengan muka lama Husin Din..

Dua Dun lagi ialah muka baru  iaitu Titi Serong dan Semanggol.

Nizar Jamaludin nasib baiklah lari ke Changkat Jering jika tidak pasti berkubur di Pasir Panjang.

Pun begitu Nizar agak terkilan kerana salah strategi.

Hari ini Nizar kesal tak berkesudahan kerana Idris Ahmad berjaya mengekalkan kerusi P59 Bukit Gantang.

Radzi akhirnya berjaya menewaskan YB Midah di Sungai Rapat kerana bantuan pengundi cina dan kerana Umno Gopeng yang bermasalah.

Mujahid bernasib baik kerana kekal di Parlimen Parit Buntar dan yang malang ialah Mohd Noor Manuty yang kalah di Bagan Serai.

Lima calon PAS yang semuanya menang tipis:
  1. Sungai Rapat: Radzi Zainon (2,638 undi) di kawasan 58.7% Melayu (tsunami cina)
  2. Changkat Jering: Nizar Jamaluddin (1,170), Melayu 62.5% ( tsunami cina )
  3. Selinsing: Husin Din (809), Melayu 72.7% ( tsunami cina)
  4. Titi Serong: Abu Bakar Hussian (1,794), Melayu 74.9% ( tsunami cina )
  5. Gunung Semanggol: Mohd Zawawi Abu Hassan (1,405), Melayu 82.4%
.
Kerjasama Pas/Dap ternyata menguntungkan Dap sahaja dengan kemenangan 100% . Calon Dap menang dengan majoriti besar ialah;
  1. Lim Pek Har di Menglembu 16,799 undi, 
  2. Wong Kah Woh di Canning 14,444 undi  
  3. Cheong Chee Khing di Bercham 13,916.

Kesimpulannya Pas sememangnya di tolak oleh majoriti Melayu Perak.

1 ulasan:

  1. http://altthainews.blogspot.com/
    lawati laman di-atas dan baut penilaian sendiri..!!

    BalasPadam