Isnin, 27 Mei 2013

DAP SUDAH GENTAR DENGAN GANDINGAN KHALID DAN ZAHID

Lim Kit Siang susah hati dengan KDN.
LKS DI HIMPUNAN BLACKOUT 505 DI JOHOR


Keangkuhan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang tidak sampai sebulan memegang jawatan hanya akan merosakkan demokrasi dan hak asasi negara, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini.
Lim menyifatkan tindakan kuku besi Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid dan Ketua Polis Negara (KPN), Khalid baru-baru ini selepas penahanan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan tiga lagi individu selepas itu sebagai cubaan membawa era pemerintahan autokratik alam "Mahathir".
Selepas menyerang Najib dan SPR, Barua komunis tua ini sudah takut ditangkap dan dipenjarakan sekali lagi. Ceramah beliau di Johor baru-baru ini boleh dikatakan menghasut dan berbohong kepada pengikutnya. Lim menyeru supaya satu RCI menyiasat penyelewengan penipuan BN dan SPR dalam PRU 13 dan yang paling lucu apabila kuasa lantikan RCI diberikan kepada pembangkang.

Dap semakin garang kali ini, dahulu dalam PRU 12 Lim Guan Eng masih berlemah lembut dan menyatakan Dap sebuah parti yang kecil dan tidak segagah BN. Dap bertanding untuk mengurangkan kemenangan BN dan menafikan kemenangan 2/3 sahaja.

Apabila sudah berjaya menguasai Perak, Penang dan Selangor, Dap menjadi semakin rakus, tamak dan samseng. Kali ini dalam PRU 13, Dap tidak lagi berlembut tetapi mengajak kaum Cina mengubah kerajaan.

Dap telah bertemu tauke-tauke cina yang kaya raya yang mendapat banyak kontrak dengan kerajaan agar mengubah kerajaan pada PRU 13, Dap mendapat banyak dana daripada tauke-tauke besar yang bergelar taiko.

Disamping menggiatkan kempen terakhir menggunakan telefon dan sms, Dap juga membawa balik pengundi cina dari luar negara, peluang ini diambil kerana ada syarikat penerbangan menawarkan pakej istimewa untuk balik mengundi.  Jutaan ringgit di belanjakan untuk tujuan ini. Tidak hairanlah BN kalah teruk di kawasan ramai pengundi Cina.

Sebelum hari pembuangan undi pada 5 Mei, LKS sendiri mengakui akan menangkap Tun Mahathir dan sumbat Tun ke penjara sebaik sahaja pembangkang menawan  Putrajaya. Nampaknya LKS lebih autokratik dan zalim. Belum apa-apa lagi dah nak tangkap orang.

Begitu juga dengan calon Pas untuk Dun Selama Perak. Ust Akmal Kamarudin Al Menantuya, awal-awal lagi telah mengugut untuk pindahkan OCPD Taiping ACP Yusof Md Diah ke Lahad Datu sekiranya Pas menang dan menawan Putrajaya.