RM 30 sebulan? |
Pasar Besar Taiping yang dibina pada tahun 1884 perlu dirobohkan |
Pasar Besar yang memanjang dari Jam Besar Jalan Taming Sari sehingga ke Jalan Panggung Wayang perlu 'dirobohkan' segera dan tidak boleh ditangguh kan lagi kerana merugikan kerajaan yang memerintah. Pasar ini menyakitkan mata dan menyakitkan hati sahaja.
Perancangan untuk membangun kan semula pasar tersebut sebagai Pasar Budaya telah lama diluluskan oleh kerajaan negeri Perak semasa pentadbiran YAB Dato Seri Tajol Rosli lagi.
Bagaimana pun perancangan tersebut terpaksa ditangguh kan kerana ada tentangan dari kaum cina terutama mereka yang berniaga di pasar tersebut. Bantahan mereka yang terdiri daripada golongan ortodoks tipikal cina ini sangat kuat dan mereka menggunakan kuasa politik untuk mengugut kerajaan. Sekiranya kerajaan berdegil, mereka akan menyokong pembangkang terutama Dap dan akibatnya 2008 tsunami pertama berlaku, Dap berjaya menguasai Taiping.
Mengapa pasar ini perlu dirobohkan?
Mengikut perancangan kerajaan tempatan, bandar Taiping akan disusun dan dibangunkan semula, pelan pembangunan pun telah dipamerkan kepada awam beberapa tahun lalu. Perancangan pembangunan tersebut memang cantik tetapi puak-puak tipikal ortodoks inilah yang membantah. Mereka mahu mengekal apa yang ada seperti sedia kala.
Jika diikutkan perancangan tersebut, dalam bandar tidak ada lagi gudang-gudang yang digunakan untuk menyimpan barang-barang, tidak ada lagi bengkel membina badan lori, bengkel membaiki kereta dan motosikal. Apa yang ada ialah hanyalah kedai yang menjual barangan sahaja.
Semua jenis bengkel, kilang kecil akan ditempatkan di kawasan perindustrian kecil yang berada diluar kawasan perbandaran.
Berbalik kepada pasar besar di atas, sewaan bulanan hari ini ialah RM 30 sebuah meja dan di Pasar Pokok Assam ialah RM 15 sebulan.
Jika diambil kira kos lampu, kos mencuci, mengangkut sampah dan sebagainya ia amat merugikan kerajaan tempatan.
Usaha untuk menaikkan kadar sewa telah ditentang oleh badan-badan tertentu yang mempunyai kepentingan politik, akibatnya segala kos membersih, elektrik, air dan pengangkutan sampah terpaksa ditanggung oleh pembayar cukai yang lain.
Kebanyakan pembayar cukai adalah kakitangan kerajaan, kakitangan swasta yang membayar cukai pintu yang tinggi. sedangkan si penyewa meja menjual ikan hidup senang lenang. Mempunyai beberapa buah rumah banglo, beberapa buah kereta mercedes dan lori yang besar-besar. Adakah ini adil?
Hari ini terang-terang peniaga pasar basah market Taiping tidak lagi menyokong kerajaan yang ada malah peniaga-peniaga di Taiping menyambut kemenangan Nga Kor Ming dengan memberi kek yang besar kepada beliau.
Sekarang kerajaan yang memerintah adalah kerajaan Umno dan jalankan kerja pembangunan semula terhadap pasar tersebut. tak perlu takut dan tak perlu hormat kepada puak-puak yang tidak hormat kepada undang-undang.