Isnin, 15 Julai 2013

LAWAK TERBARU DARI PAKATAN PENIPU RAKYAT.

Inilah yang dikatakan terdesak dan kecewa teramat sangat. Gagal menawan Putrajaya, Gagal dalam usaha menggulingkan kerajaan dengan agenda Blackout 505, kini mereka ini membatalkan pula keputusan PRU 13.

Cuma yang ganjilnya ialah setelah mereka membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan dan 89 ahli dewan rakyat mereka mengangkat sumpah.
Pakatan Penipu Rakyat (PR) hari ini memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengetepi keseluruhan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) membabitkan 222 kerusi Parlimen dan pemilihan baru dijalankan semula.
Ia dikemukakan ketiga-tiga parti gabungan Pakatan Rakyat, PKR, PAS, DAP selain lima pemimpin pembangkang, Datuk Saifuddin Nasution, Dzulkefly Ahmad, M Manogaran, Arifin Rahman and R Rajoo selaku plantif.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bersama lima anggota suruhanjaya itu pula dinamakan sebagai defendan.
Lima anggota itu ialah Datuk Mohamad Ramji Ali, Datuk Dr P Manogran, Datuk Christopher Wan Soo Kee, Datuk Md Yusop Mansorn dan Abdul Aziz Khalidin.
Ia dibuat berikutan SPR didakwa mengendalikan proses pilihan raya ke-13 (PRU13) secara adil terutama aspek penggunaan dakwat kekal hingga membawa kepada penipuan besar-besaran.
Dakwaan penipuan itu sekaligus meranap integriti PRU13 dan menyebabkan gabungan parti pembangkang terlepas peluang untuk membentuk kerajaan persekutuan.
Tindakan yang belum pernah berlaku dalam Malaysia, mungkin juga pertama kali di negara Komanwel. 15 Julai, 2013.
Jika mereka benar-benar berani, 89 ahli parlimen pembangkang memboikot majlis angkat sumpah dan tidak hadir walaupun sesaat di parlimen. Sekarang semua prosedur dewan rakyat telah dipatuhi tetapi hari ini lain pula ceritanya.