Rabu, 24 Julai 2013

SK PRISTINA SG BULOH: Selepas SPR, PDRM kini Sekolah pula menjadi sasaran pembangkang







SK PRISTINA SG BULUH SELANGOR menjadi top sejak kelmarin selepas pecacai pembangkang mendedahkan gambar budak-budak bukan Islam makan dalam tandas konon.

Sekolah ini mempunyai reka bentuk baru dan sememangnya mempunyai sebuah bilik persalinan untuk pelajar lelaki dan sebuah lagi untuk pelajar perempuan. Sekolah jenis lama sememangnya tak ada fasilitis seperti ini.



Cuma malangnya kebanyakan sekolah baru mempunyai masalah kualiti pembinaan dan cepat rosak, oleh itu pihak pentadbiran sekolah terpaksa dan kerap membaiki kerosakan yang sering berlaku, bumbung bocor, elektrik tak berfungsi dengan baik, lantai cepat rosak dan mengeluarkan pasir, ia juga memeningkan kepala pentadbiran sekolah. Bukan itu sahaja, malah kerusi meja yang dibekalkan juga cepat rosak

SK Pristina telah mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri yang juga menteri pendidikan telah mengarahkan satu siasatan mengenai laporan yang telah dibuat oleh media pembangkang kelmarin.

TM mengharapkan pihak kementerian bukan sahaja menyiasat kejadian tersebut tetapi menyiasat kualiti dan tahap keselamatan bangunan sekolah tersebut.

Persoalan pokok setelah pihak sekolah menyatakan kantin sekolah ditutup untuk kerja-kerja pembaikan pintu dan sebagainya, pihak kementerian perlulah melihat perkara lain dan yang penting ialah adalah sijil menduduki bangunan ( CF) itu telah pun dikeluarkan atau masih tergantung.

Jika didapati benar sekolah ini mempunyai masalah dan kualiti pembinaan, kementerian juga hendaklah memantau atau menilai semula semua sekolah di seluruh negara yang mempunyai konsep baru ini.

Paling menghairankan kelmarin ialah apabila pemberita, pihak kementerian dan juga pihak pembangkang menyibuk di sekolah tersebut dan yang menjengkelkan ialah apabila kumpulan mahasewel Syiah turut menyibuk seolah-oleh mereka pegawai kesihatan, pegawai pendidikan dan sebagainya.

Kementerian juga kena siasat siapakah yang bertanggung jawab mengedarkan atau membuat cerita tersebut. kita difahamkan bahawa hampir 80 peratus kakitangan sesebuah jabatan kerajaan adalah dari puak-puak pembangkang dan mereka ini perlu disiasat. Jika didapati bersalah tukar mereka ke sekolah lain.

TM juga ingin mencadangkan kepada kementerian supaya mewujudkan sebuah sekolah pembangkang, maknanya wujudkan sebuah sekolah yang pentadbirnya, guru-guru dan staf bukan guru terdiri daripada mereka yang pro pembangkang dan kita lihat serta nilai akan prestasi sekolah tersebut.

Biasanya kakitangan yang pro pembangkang ini mempunyai prestasi kerja yang buruk dan banyak memberikan masalah kepada kemajuan sebuah sekolah dan jika mereka dibiarkan mereka lah yang akan menggagalkan agenda dan tranformasi pendidikan negara. Oleh itu wajar dikurantinkan mereka di bawah satu bumbung dan mudah untuk kementerian memantau kegiatan mereka.

Seperkara lagi ialah bilik persalinan ini dibina jauh dari tandas sekolah, oleh itu dakwaan orang yang mendedahkan isu ini menyatakan terdapat bau busuk dari tandas juga berkemungkinan tidak tepat dan tidak betul.

http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/07/guru-besar-sk-pristana-perjelas-isu.html

1 ulasan:

  1. Penulisan tanpa fakta dan main copy paste sahaja boleh menjadi fitnah dan menganiaya orang lain

    BalasPadam