Pemandu Menggila Apabila Selesai Tugas- Berita Harian |
Seorang pemandu lori tangki gas petroleum cecair (LPG) maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan terhumban dari jejambat setinggi 20 meter di Kilometer 280.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, berhampiran Nilai Negeri Sembilan semalam.
G Perumal, 59, dilaporkan mati serta-merta dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu selepas dipercayai tercampak ketika kenderaannya terbabas jatuh ke jalan berhampiran pekan lama Nilai.
Lori itu dalam perjalanan ke stor penyimpanan LPG di Port Dickson selepas menghantar bahan itu di Ipoh, Perak dan Kepong, Selangor.