Selasa, 17 September 2013

Batu api adalah punca krisis SK PRISTINA

Kontroversi berhubung penyebaran gambar murid bukan Islam makan di bilik persalinan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, Sungai Buloh baru-baru ini dianggap selesai apabila semua pihak terlibat terutama ibu bapa memahami isu dan keadaan sebenar yang berlaku.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, isu tersebut sebenarnya digembar-gemburkan oleh pihak luar yang cuba menjadi 'batu api' dan memanipulasi terhadap salah faham yang terjadi apabila murid-murid sekolah itu terpaksa makan di bilik persalinan kerana kantin sedia ada tidak dapat menampung jumlah murid yang ramai.

"Sebenarnya ibu bapa murid terlibat faham dan tiada masalah dengan isu ini. Yang menjadi masalah adalah pihak luar yang tidak faham. Perkara ini telah diperbesar-besarkan sehingga dilihat sebagai isu perkauman. Pada hari ini, isu ini sudah selesai dan kita bermaaf-maafan di mana salah silap yang terjadi.