Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang mahu peruntukan sebanyak RM40,000 yang ingin disalurkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada mereka diserahkan kepada Pejabat Daerah.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata, wakil rakyat BN tidak akan menerima peruntukan itu secara peribadi tetapi harus digunakan untuk kepentingan rakyat.
Menurutnya, langkah itu juga mampu mengelakkan daripada salah faham yang timbul akibat dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang seolah-olah menuduh ADUN BN mengamalkan kronisme dan berbelanja secara tidak berhemah.
Sebenarnya tawaran peruntukan sebanyak RM40,000 setahun bukan usaha untuk reconciliation tetapi hanya taktik kotor untuk kepentingan politik supaya rakyat memandang rendah kepada ADUN BN.