Sabtu, 14 September 2013

PAKATAN RAKYAT LIDAH BERBELIT

Angka RM 132 dan RM 375 merupakan dua angka kontroversi yang dimainkan oleh media pro pembangkang, angka ini dispin supaya boleh mengelirukan fikiran rakyat marhain dan tidak mengetahui selok belok ekonomi negara.Natijah daripada permainan pembangkang ini hampir keseluruhan rakyat Malaysia terpengaruh.
Saya ingin menjelaskan kepada pembaca dan pemain media maya bahawa angka RM 132 dan RM 375 merupakan nilai purata isi rumah terhadap perbelanjaan penggunaan petrol sebulan.RM 132 nilai purata perbelanjaan keseluruhan isi rumah di Malaysia ke atas petrol bagi golongan yang berpendapatan kurang daripada RM 3000 manakala RM 375 pula ialah nilai purata perbelanjaan keseluruhan isi rumah di Malaysia ke atas petrol bagi golongan yang berpendapatan lebih RM 5000 sebulan. NILAI PURATA ini dikira berdasarkan anggaran jumlah isi keluarga ( ayah,ibu dan 3 orang anak ).Berdasarkan kajian dari IMF mendapati di seluruh dunia manfaat subsidi petrol kepada rakyat mengikut pendapatan isi rumah adalah tidak baik dalam erti kata lain tidak adil dimana kerajaan terpaksa menanggung subsidi minyak petrol yang lebih kepada golongan yan berpendapatan lebih RM 5000 sebulan berbanding golongan yang berpendapatan kurang RM 3000 sebulan.Oleh sebab itu kerajaan patut menaikkan harga minyak bagi mengurang subsidi kerajaan serta hutang negara dengan erti kata yang lebih baik ialah wang subsidi minyak boleh digunakan dan dikembalikan kepada rakyat yang memerlukannya.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan