Langkau ke kandungan utama

Anwar makin sewel, nak bentang bajet PKR pula.

Anwar Ibrahim mengesahkan beliau akan membentangkan Belanjawan Pakatan Rakyat di Parlimen pada 21 Oktober ini.

Bagaimanapun katanya sebelum belanjawan itu dibentangkan kepada Ahli Parlimen dan rakyat, beliau akan memberikan gambaran awal kerangka itu dalam satu forum di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jumaat ini.

"Saya akan berikan sedikit gambaran tentang kerangka Belanjawan Pakatan Rakyat, Jumaat ini.

"...Insya-ALLAH kita akan bentangkannya pada 21 Oktober ini di Parlimen," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut perkembangan terkini belanjawan pembangkang berikutan Bajet 2014 akan dibentangkan kerajaan pada hujung bulan ini.

Pada 28 September tahun lalu, Pakatan Rakyat membentangkan Belanjawan 2013, iaitu dua hari lebih awal daripada Barisan Nasional.

Belanjawan yang bertemakan 'Ekonomi Rakyat Negara Berkat' itu mempunyai tujuh teras utama iaitu reformasi dan ketelusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), membina daya saing ekonomi, mengangkat martabat wanita, hasil minyak untuk negeri, menurunkan harga kereta, reformasi membanteras jenayah serta perumahan untuk rakyat.

Jumlah perbelanjaan dalam Belanjawan PR tahun lalu berjumlah RM233 bilion, iaitu lebih rendah daripada Bajet kerajaan yang melibatkan peruntukan RM251.6 bilion.

Ulasan

  1. Kerja yg sia2. Kenapa tidak berunding terus dan kerajaan dahulu?

    BalasPadam
  2. Meroyan lagi macamlah dia jadi kerajaan. Mana dia nak dapatkan duit negara melainkan dia dapatkan duit yahudi dan DAP.

    Apa kata Bajet fuckatan ini hanya diberikan pada negeri-negeri atau kawasan fuckatan menang saja tanpa ganggu sesen pun duit Persekutuan.

    Bodoh bertingkat-tingkat Nuar ni.

    BalasPadam
  3. Belanjawan modal air liur boleh la. Rakyat biase pon boleh fikir & buat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…