Pada 8 Oktober 2013, Selasa lalu, kes perbicaraan syiah disebut untuk perbicaraan kali kedua.
Dua mengikut ajaran syiah yang dituduh tidak datang dengan kereta mereka iaitu Mercedes SL320 sebaliknya kenderaan lain dan memasuki ke kamar perbicaraan melalui pintu belakang.
Pada awalnya didapati ramai penyokong Syiah yang hadir tetapi jangkaan TM meleset kerana yang hadir ramai adalah guru-guru KAFA yang hadir untuk satu taklimat pengurusan sekolah
Jumlah penyokong yang hadir agak ramai tetapi sukar dikesan kerana mereka terus ke kamar bicara.
Di luar mahkamah terdapat segelintir pengikut Syiah yang hadir agak lewat dan berlegar di dalam dan luar kawasan mahkamah tersebut.
Sememang Syiah mendapat sokongan Pas kerana kelihatan beberapa ekor muka penyokong mereka datang dengan menaiki van milik Pas Bukit Gantang.
Tertuduh diwakili oleh peguambela En. Aminuddin dari Tanjung Malim. Kes akan disebut semula untuk kali ketiga pada 12 November, Selasa sebulan dari sekarang
Peguambela En. Aminuddin Zulkifli dari Tanjung Malim menjadi Peguam Bela untuk orang kena tuduh berkaitan kes memiliki dan menyimpankan dokumen berkaitan ajaran Syiah yang bercanggah dengan Fatwa Kerajaan Negeri Perak.
Dua orang kena tuduh ialah Ridzuwan dari Kg Klian Pauh dan isteri Profesor Dr Azmi mengamal dan pemilik klinik homeophaty di Kamunting dituduh dalam kes menyimpan dan memiliki dokumen berkaitan ajaran syiah dalam satu serbuan oleh Jabatan Agama Islam Perak Ogos lalu.