Langkau ke kandungan utama

Apabila kenaikan gaji melampau MB dan Exco Selangor

Kerajaan Selangor menjadi sasaran kritikan hebat media apabila gaji menteri besar, speaker, timbalan speaker dan Exco dinaikan pada tahap yang cukup tinggi dan mengalahkan gaji perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Selepas menerima kecaman yang hebat, media pembangkang rupa-rupanya sudah menyediakan jawapan balas. Jawapan mereka ialah kenaikan gaji ketua menteri dan seluruh kabinet di Sarawak. Ia sebagai alasan menghalalkan kenaikan untuk pegawai eksekutif kerajaan negeri di Selangor.

Oleh itu, ramai pengamal media mula menyalahkan kerajaan Sarawak yang menjadi punca atau petunjuk kepada kenaikan gaji melampau di Selangor.

Okaylah mari lihat ini perbezaan Selangor dengan Sarawak.

Selangor ialah sebuah negeri bersultan di dalam semenanjung dengan keluasan 8 ribu kilometer persegi atau 2.4 % daripada keluasan Malaysia manakala Sarawak keluasannya ialah 124 ribu kilometer persegi atau 38% keluasan dan merupakan negeri terbesar dalam Malaysia.  Dari segi saiz negeri pun Selangor sudah kalah.

Dari sudut perkapita KDNK dan perolehan ekonomi,  Selangor lebih kehadapan berbanding Sarawak. ianya kerana Selangor terlebih dahulu maju dalam pembangunan industri, itupun adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional bukannya kerajaan yang ada sekarang.

Satu perkara yang harus diingat ialah Sarawak mempunyai barisan kabinet sendiri tidak seperti Selangor yang hanya ada exco sahaja.

Apa perlu difahami ialah Sarawak mempunyai hak eksklusif dalam pentadbiran negeri, ia termaktub dalam 20 perkara syarat dalam penyertaan Sarawak ke dalam Malaysia.

Jadi memandangkan dari segi keluasan dan kos pengangkutan dalam negeri Sarawak maka Selangor tidak boleh membandingkan gaji eksekutif mereka dengan Sarawak.

Hari ini media pembangkang tak habis-habis merujuk kepada gaji kerajaan Sarawak bagi menghalalkan kenaikan di Selangor

Perkara lain yang menjadi mainan pembangkang ialah isu Ustaz Kazim. Semalam Perdana Menteri telah mengumumkan 9 nama baru yang dilantik sebagai MT lantikan dalam Umno dan salah satu nama ialah Ustaz Kazim Elias dari Batu Kurau Perak atau (Tukurooomali). Pelbagai tuduhan dan cemuhan dilemparkan terutama oleh media Pas terhadap pelantikan beliau.

Apakah bodoh media Pas yang dengki khianat dengan pelantikan Kazim? Pas ada ramai ustaz seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Hazlin Bollywood dan ramai lagi, kenapa Pas tidak melantik mereka sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Pas atau lantik ke Majlis Syura atau Ulamak Pas?

Ini lah perangai buruk Pas yang tak boleh lihat orang lain buat kerja betul.



Ulasan

  1. Sarawak dan Sabah tak sama dengan negeri lain di Semenanjung. Mereka ada kuasa autonomi dan peruntukan khas dalam sesetengah undang-undang. Jangan sembunyikan fakta, untuk memperbetulkan sesuatu yang kita sendiri anggap ianya salah sebelum ini.....tak baik tau. Sama gak dulu kutuk kerajaan BN sebab tak tutup kilang Carlsberg di Shah Alam, tetapi kini di bawah Pakatan Rakyat dan MP Shah Alam dari PAS.... tiada apa pun yang berlaku. Tak malukah kita yg selama ini melalak sana sini tetapi bila diberi peluang melaksanakan apa yg selama ini dilalakkan... senyap menikus, membisu, memekakkan telinga, membutakan mata, menghasadkan hati dan membengapkan fikiran hanya kerana kataksuban yg melampau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg hasad dengki & buta hati adalah mereka yg kempunan Selangor x dpt2 jugak.. dh buat mcm2 pun kalah lagi terok drpd PRU sblumnye.. jgan harap la bermuzakarah brsatu brmubahalah.. ape2 lah..

      Padam
  2. Tak salah kalau gaji MB Selangor lebih pada PM kita,jangan lupa Ah Jib Gor kita pun telah belanja lebih pada RM7 billion untuk consultant membuat kerja dia.

    Alfie

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…