Sabtu, 30 November 2013

Kerajaan BN yang dilabel sebagai zalim meneruskan agendanya

Kerajaan negeri menawarkan biasiswa berjumlah RM7.96 juta kepada 12,113 pelajar di bawah bantuan Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak sehingga bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Muhammad Amin Zakaria berkata, biasiswa berkenaan bertujuan membantu pelajar membuat persediaan kemasukan semester dan tahun pertama ke Politeknik, Kolej Komuniti, institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang terpilih dalam negara.

Beliau berkata, biasiswa itu diberikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda.

"Keutamaan diberikan kepada keluarga yang berpendapatan di bawah RM3,000.

"Di bawah skim bantuan ini, sehingga Oktober lalu, sebanyak RM862,200 biasiswa diberikan kepada 2,874 pelajar yang mengikuti kursus peringkat sijil, matrikulasi dan asasi manakala RM2.4 juta untuk 4,807 pelajar yang mengikuti pengajian peringkat diploma.

"Dalam masa sama, sejumlah RM3.09 juta diberikan kepada 3,089 pelajar untuk kategori Ijazah Sarjana Muda Kursus Bukan Profesional/Diploma Lanjutan manakala RM1.61 juta untuk 1,343 pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Kursus Profesional," katanya demikian ketika menjawab soalan Lim Pek Har (DAP-Menglembu) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kali Ke-13 di sini hari ini.

Tambah Dr. Muhammad Amin, di bawah program Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak tahun lalu, sebanyak 2,195 pelajar yang mengikuti kursus sijil, matrikulasi dan asasi mendapat biasiswa berjumlah RM658,500.

Menurutnya, pemberian biasiswa untuk pelajar kategori diploma melibatkan 4,281 orang (RM2.141 juta), 5,841 pelajar untuk kursus Ijazah Sarjana Muda Kursus Bukan Profesional (RM5.841 juta) dan 1,132 pelajar untuk kursus Ijazah Sarjana Muda Kursus Profesional (RM1.35 juta).

Visit website