Jumaat, 1 November 2013

Kenapa perlu baca Harakah terbalik?

Harakah merupakan lidah, hati budi dan perasaan orang yang kononnya menegakkan kalimah Allah, Islam dan parti yang tidak ada dosa, yang ada hanyalah pahala dan janji masuk surga bagi mereka yang undi Pas.

Pada mereka tiada parti yang baik selain dari Pas, pangkah lain dari Pas ia mengundang dosa dan akhir di persoalkan di akhirat.

Padahal orang Pas sendiri mengakui bahawa Harakah banyak menabur fitnah dan cerita palsu.

Tidak ada berita tentang program mereka atau menceritakan kejayaan parti mereka, yang ada hanyalah tulisan yang dikutip dari media arus perdana dan di olah semula dengan sudut pandang mereka yang ke arah negatif.

Semua agenda kerajaan adalah agenda Umno dan ianya dipandang negatif. Jadi wajar lah Harakah dibaca secara terbalik, dengan cara iyu barulah kita nampak apa yang tidak betul, iaitu yang auta.

Sekian/.......