Selasa, 26 November 2013

Muktamar PAS:  Ulama Bakal Jadi Maskot Kristian?

 
Muktamar PAS baru saja berlalu dengan menyaksikan kemenangan kumpulan Anwarinas atau turut dikenali sebagai kumpulan Erdogan.  Ada juga yang merujuk kepada mereka sebagai kumpulan liberal dan professional.  Namun, rujukan 'professional' pastinya kurang tepat dengan Mat Sabu yang mengepalainya. 
 
Daripada 27 jawatan, hanya 10 sahaja yang mampu dimenangi oleh golongan Ulama termasuk jawatan Presiden.  Pun begitu, kita juga musykil sama ada Presiden PAS masih lagi berada di dalam kumpulan Ulama, berdasarkan pendekatannya yang lebih selesa dan mesra dengan keputusan dan kehendak kumpulan Erdogan. 
 
Secara dasarnya, akar umbi PAS menyambut keputusan Muktamar dengan perasaan yang berbaur.  Rata-rata mereka secara terbuka meluahkan rasa kecewa dan berputus asa.   Mereka tahu bahawa kemenangan kumpulan Erdogan turut membawa makna bahawa Majlis Syura mahupun Dewan Ulama itu sendiri, sudah tidak relevan lagi.  
 
'Ulama' akan menjadi maskot, sekadar untuk mengumpan sokongan orang-orang Melayu.  Selain itu, Ulama juga akan dipergunakan untuk menghalalkan atau meluluskan apa saja yang PAS bakal lakukan bersama PR yang mungkin menimbulkan kesangsian orang-orang Melayu.  Kumpulan Erdogan sedar, selagi ada Ulama di dalam PAS, selagi itulah ada orang Melayu yang sanggup mengikut mereka ke mana saja. 
 
Biarpun PAS di masa depan tidak lagi akan bercakap tentang hudud atau mempertahankan Islam, tetapi itu bukan masalah selagi maskot Ulama PAS terus berada di hadapan untuk mengaburi mata penyokong mereka. 
 
Sambutan pihak Kristian Evangelis dari DAP terhadap kemenangan kumpulan Erdogan adalah petunjuk jelas akan hala tuju PAS selepas ini.   
 
Sejurus Muktamar berlalu, laman-laman sosial pemimpin dan penyokong Kristian Evangelis DAP secara terbuka meraikan apa yang mereka lihat sebagai 'pembaharuan' di dalam PAS. 
 
Perlu diingatkan bahawa Kristian Evangelis inilah yang menjadi dalang kes murtad di Malaysia.  Mereka jugalah yang bermati-matian ingin 'berebut' untuk turut menggunakan nama 'Allah' dalam risalah agama mereka.  Kristian Evangelis jugalah yang memainkan peranan utama dalam COMANGO menuntut hak LGBT. 
 
Kegembiraan Kristian Evangelis meraikan kemenangan kumpulan Erdogan pastinya punya makna yang mendalam. 
 
Kita tidak tahu berapa ramai ahli-ahli PAS yang mampu memahami makna semua ini.  Berapa ramaikah dari orang-orang Melayu di dalam PAS yang mampu memahami bahawa apa yang berlaku di dalam PAS adalah jauh mengatasi politik PAS-UMNO, tetapi sudah mencapai tahap ancaman terhadap agama Islam? 
 
Berapa ramaikah ahli-ahli PAS yang sanggup bersekongkol, menjadi Pak Turut dan membantu perjuangan Kristian Evangelis untuk bertakhta di Malaysia?  Sanggupkah ahli-ahli PAS ini keluar parti demi berlaku jujur kepada Allah SWT? 
 
Hakikatnya PAS telah dirasuk sepenuhnya dan tidak lagi dapat diselamatkan.  Tidak ada jampi serapah yang boleh menghalau syaitan yang diundang dan dijemput sendiri.   Apatah lagi yang menjemputnya pula adalah para Ustaz dan Ulama yang menjadi pakar menghalau hantu syaitan itu. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.