Jumaat, 28 Mac 2014
Melayu Diroboh dan Terus Roboh: Kali Ini Gerai Melayu Di Teluk Bahang, Pulau Pinang
Satu demi satu kawasan perniagaan orang Melayu di robohkan di Pulau Pinang. Apakah ini yang dikatakan sebagai kebaikkan kerajaan Pulau Pinang kepada rakyat. Nampaknya usaha DAP untuk menjadikan orang Melayu sebagai rakyat kelas kedua semakin lama semakin berjaya. Cuba anda bayangkan, warga asing pun boleh berniaga di Pulau Pinang, tetapi tiada tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti paling rasis dalam sejarah Malaysia itu, namun orang Melayu juga dijadikan sasaran oleh mereka.
Dengan menggunakan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang, tindakan zalim dan tidak berperi kemanusiaan ini dilaksanakan dengan bersahaja tanpa rasa bersalah oleh pihak penguatkuasa. Jika dahulu semasa pemerintahan Barisan Nasional di Pulau Pinang, kaedah budi bicara sering digunapakai oleh kerajaan negeri. Namun apabila DAP mengambil alih negeri tersebut nampaknya mereka lebih selesa dengan menggunakan kaedah ala Zionist dalam melayan penduduk Melayu di negeri tersebut.
Bayangkan betapa luluhnya hati apabila mata pencarian mereka dimusnahkan dengan jentolak milik kerajaan negeri. Setiap kepingan zink dan batu yang dipecahkan seolah-olah menjadi tanda gelapnya masadepan mereka dibawah pemerintahan Lim Guan Eng. Ini tidak termasuk barangan perniagaan yang rosak teruk akibat kekejaman kerajaan negeri yang tidak pernah senang melihat bangsa Bumiputera kaya dan mahsyur di negeri yang diperintah oleh mereka.
Di dalam setiap ceramah yang dianjurkan oleh DAP, mereka kononya melaungkan slogan Malaysian Malaysia seolah-olah ingin mengatakan kerajaan persekutuan mengamalkan konsep rasisma didalam pentadbiran negara. Namun begitu kaedah “affirmative action” yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak pernah menidakkan hak mana-mana bangsa untuk mencari rezeki di Malaysia. Tidak seperti DAP yang sering menganggu perniagaan orang Melayu Islam di mana sahaja mereka berkuasa.
Di Selangor pula, kita akan dapat melihat sekiranya di kawasan bandar, para peniaga Melayu juga bakal mendapat nasib yang sama. Penulis sendiri pernah melihat bagaimana restoran Melayu diperas ugut dan disita kerana kesalahan yang direka-reka. Premis perniagaan Melayu tidak dibenarkan untuk memasang meja di luar restoran, malah gerai burger anak-anak Melayu juga sering disaman dengan alasan menganggu lalu lintas. Ini juga berlaku kepada perniagaan orang India di Selangor.
Walhal jika kedai orang Cina ataupun restoran milik orang Cina, letak seberapa banyak meja di luar kedai pun tidak apa. Terus dikatakan ini adalah hak mereka dan tiada penguatkuasaan pun dijalankan keatas mereka. Melayu sudah pun merempat di sebahagian tempat di negeri Selangor dan juga keseluruhan di Pulau Pinang. Adakah gerakan ini akan berterusan sehingga orang Melayu tidak lagi mempunyai tempat di seluruh negara? Apakah orang Melayu akan merempat di tanah air sendiri tidak lama lagi?
Sebagai insan yang mempunyai hati dan akal, kita seharusnya patut menilai tentang perkara yang terjadi disekeliling kita. Bayangkan, di negeri yang mereka tidak mempunyai kuasa besar seperti Selangor pun mereka mampu untuk menindas orang Melayu. Mana perginya tok-tok lebai PAS dan para pejuang reformis PKR yang katanya akan membela nasib rakyat sekiranya ditindas. Tidak pernah lekang dibibir mereka tentang kezaliman Barisan Nasional kononya menggunakan rakyat untuk kesenangan pemimpin, namun para pemimpin PAS & PKR lagi jahat dan zalim kerana menggunakan kuasa politik yang sedia ada hanya untuk kepentingan mereka. Masalah rakyat satu pun tidak diatasi dengan baik.
Mungkin ada diantara pak Lebai PAS yang keliru dengan perjuangan DAP dan mungkin juga ada reformis PKR yang lupa dengan sejarah lampau. Namun begitu, apa yang terjadi di Selangor dan Pulau Pinang ini wajar dijadikan pedoman buat kita semua. Pakatan Rakyat hanyalah haiwan politik yang gilakan kuasa, harta dan pangkat. Tiada seorang pun dari mereka yang sudi untuk berkhidmat melaikan kepada bangsa chauvinist yang tidak faham erti keharmonian di dalam negara majmuk yang mereka diami.