Isu pemakaian calon Dap Teluk Intan hangat diperkatakan sejak awal lagi.
Dyana 27 tahun dari Kpg Tawas Ipoh, anak kepada ahli Umno dijadikan ikon politik orang muda oleh Lim mm Kit Siang.
Dyana dan ibunya adalah orang kuat Perkasa sewaktu penubuhan pada peringkat awal.
Dyna Sofya tampil dengan imej wanita modern yang tidak bertudung dan mendedahkankan aurat. Lebih berat lagi ialah Dyna menolak hukum hudud dan berjanji sekiranya dipilih menjadi ahli parlimen beliau akan menolak usul perlaksanaan hudud di Kelantan.
Pas melalui Mat Sabu telah membuat ketetapan, parti Pas tetap akan menyokong dan menyeru ahli ahli Pas Teluk Intan agar mengundi calon tersebut dengan alasan soal hudud adalah soal peribadi calon tersebut. Bezanya Dyana adalah Dap bukan Umno, oleh itu atas dasar setiakawan pakatan pembangkang soal hukum Allah jadi perkara kedua. Perkara utama ialah menumbangkan BN dahulu.
Begitu lah sikap Pas yang hebat, dengan begitu mudah meletakkan hukum Allah di tempat kedua.
Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam lagi hebat. Kenyataan beliau juga dengan penuh kebijaksaannya sekali lagi memutar belitkan tentang istilah aurat dan mendedahkan aurat adalah dua perkara yang berbeza.
Katanya menutup aurat adalah wajib tetapi Dyana tak memakai tudung sahaja tetapi pakaiannya tidak terdedah. Jadi nampaknya pakaian hanya pada kain dan baju sahaja, tidak termasuk tutup kepala. Ayat memang nampak simple tetapi maksudnya tetap tidak berubah. Hebat lah kamu Khalid, dari dahulu sampai sekarang sifat munafik terserlah.